Friday, May 4, 2012

saham amanah

ARKIB : 04/05/2012

ASM sasar 300 pelabur baru di Pahang

AMER Ali Mohamed (kiri) melihat kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna sempena program Hari Penghargaan Pelabur di Kuantan, baru-baru ini.
KUANTAN 3 Mei - Hari Penghargaan Pelabur anjuran ASM Investment Services Berhad (ASM Investment) yang diadakan Selasa lalu menyasarkan seramai 300 pelabur baru di negeri ini untuk menyertai pelbagai produk unit amanah yang ditawarkannya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amer Ali Mohamed berkata, selain meningkatkan jumlah pelabur di negeri ini yang kini mencecah 700 orang, program tersebut bertujuan memberi khidmat nasihat kepada orang ramai mengenai jenis pelaburan.
Menurutnya, mereka yang mempunyai unit amanah saham turut mengambil peluang mendapatkan maklumat lanjut serta khidmat nasihat mengenai prestasi pelaburan mereka daripada juruperunding di sini.
"Sebelum ini, program sedemikian hanya dijalankan di pejabat wilayah, namun, kali ini ia diadakan di pusat beli-belah bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pelaburan terutama dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
"Walaupun masyarakat khususnya pelabur berhati-hati dalam berbelanja dan membuat pelaburan, penghargaan tetap kami salurkan kepada mereka yang masih setia serta memberi sokongan sehingga kini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di kompleks beli-belah Kuantan Parade di sini.
Sempena program itu, pihaknya turut menjalankan tanggungjawab sosial melalui ASM Investment Community Reach dengan memberi tumpuan kepada program sumbangan dan kebajikan kepada mereka yang memerlukan.
Katanya, program berkenaan turut menganjurkan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak peringkat sekolah rendah bertujuan memberi galakan dan kesedaran kepada ibu bapa supaya membuat perancangan kewangan menerusi pelaburan saham amanah pada masa depan.

No comments:

Post a Comment