Monday, May 7, 2012

pemancing bertuah

Tuah insiden tayar pancit
Wartawan Sinar Harian
7 Mei 2012
Tuah insiden tayar pancit
Ketiga-tiga pemenang bergambar kenangan bersama penganjur.
KUANTAN – “Tayar ­kereta saya pancit ketika dalam ­perjalanan ke sini malam tadi (semalam), namun hati saya berdebar-debar seolah-olah memberi isyarat supaya saya meneruskan perjalanan ke Kuantan”.

Itulah kata-kata Mohd Fadhil Ahmad, 33, pemenang hadiah utama Pertandingan Memancing Faizal Joran, semalam.

Jika bapa kepada dua anak ini tidak mengikut gerak ­hatinya, dia mungkin ­tidak berpeluang untuk ­mem­bawa ­pulang hadiah bernilai RM50,000 semalam.

Namun, kata orang kalau sudah rezeki memang tidak ke mana.

Lima belas minit selepas pertandingan bermula, Mohd Fadhil berjaya menaikkan ikan tongsan seberat 10.3 kilogram sekali gus menjulang namanya sebagai juara.

“Seumur hidup saya, ­tidak pernah terlintas untuk ­memegang tunai RM50,000 di ­depan mata.

“Sampai sekarang, saya masih tidak percaya dengan ­kemenangan ini,” katanya ­ketika ditemui Sinar Harian di Tasik Taman Bandar, semalam.

Mohd Fadhil berkata, wang yang dimenanginya itu akan digunakan untuk ­membina rumah baru di Labis, Johor.

“Sebelum ini, kami ­sekeluarga menumpang di ­rumah mentua. Insya-Allah, jika diizinkan, saya akan ­gunakan wang ini untuk membina sebuah rumah ­sebagai hadiah untuk isteri dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, pemenang tempat kedua, Mohd Ropi Mail, 42, berkata, percubaan kali keempat men­datangkan hasil apabila dia berjaya membawa pulang­ ­tunai RM15,000.

“Sebelum saya ­keluar ­rumah semalam (­kelmarin), isteri ada memberitahu dia mimpi saya dapat tempat kedua.

“Saya ingatkan dia bergurau, rupanya masin ­mulut ­isteri saya,” katanya yang ­berasal dari Johor.

Sementara itu, ­tempat ­ketiga dimenangi Mohd Shazlan Sofi, 27, dari Kampung Tiram di sini, yang membawa pulang tunai RM7,000.

No comments:

Post a Comment