Thursday, May 3, 2012

kasi keras sama itu bershit

ARKIB : 02/05/2012

Bersih: Kerajaan diminta bertindak tegas

MARAN 1 Mei - Kerajaan diminta bertindak tegas dan menahan mana-mana peserta yang mencetuskan keganasan pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.
Sikap peserta terbabit sangat memualkan kerana tidak menunjukkan budaya bangsa Malaysia, khususnya Melayu yang berteraskan agama Islam dan mengamalkan prinsip Rukun Negara.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan, Ismail Sulaiman, 54, berkata, laporan media cetak dan elektronik mengenai perhimpunan itu membuktikan ia didalangi oleh parti pembangkang.
"Rakyat yang cintakan keamanan sangat berharap mereka yang sanggup mencederakan polis, jurugambar dan merosakkan harta benda awam tidak terlepas dikenakan tindakan undang-undang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Bagi Setiausaha UMNO Bahagian Maran, Mohd. Ariffin Ismail, 56, berkata, kejadian itu disifatkan sebagai pembawa budaya buruk yang tidak sesuai dengan sosiobudaya masyarakat Mala ysia, khususnya orang Melayu.
Katanya, mereka cuba menghalalkan cara yang bertentangan dengan sistem sedia ada sehingga sanggup menimbulkan kekecohan dan memberi kesan buruk di mata dunia.
Seorang guru silat dari Jerantut, Noor Shamsudin Raja Abdul Latif, 53, berkata, kebiadaban sebilangan peserta terbabit perlu ditangani segera supaya tidak menjadi ikutan dan budaya rakyat negara ini.
Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bera, Mat Jidi Yaakob, 54, berpendapat, tindakan tegas bukan sahaja dikenakan kepada mereka tetapi penganjur yang mempunyai agenda untuk memberi gambaran buruk kepada pelabur dan pelancong asing.
Katanya, rakyat sudah mengetahui niat penganjur terbabit, mereka tidak mahu berhimpun secara aman tetapi ingin mencetuskan huru-hara, sekali gus menimbulkan kekesalan sebilangan besar masyarakat yang cintakan keamanan.

No comments:

Post a Comment