Monday, July 30, 2012

mau juga durian runtuh

Bekas isteri tuntut durian runtuh
Wartawan Sinar Harian
31 Julai 2012
Bekas isteri tuntut durian runtuh
Dari kiri, Aminah, Kamyah dan Rozita
BANDAR TUN RAZAK - Bekas isteri peneroka menuntut janji Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang sebelum ini menyatakan mereka layak menerima separuh daripada duit durian runtuh fasa kedua iaitu sebanyak RM2,500.

Aminah Zulkifly, 46, berkata, mereka berhak mendapat duit berkenaan memandangkan sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan wang durian runtuh itu adalah imbuhan daripada hasil titik peluh peneroka dan penerokawati ketika membangunkan tanah Felda dahulu.
“Satu negara jelas mendengar pengumuman Perdana Menteri yang menyatakan durian runtuh ini sebagai ganjaran menghargai jasa peneroka dan penerokawati yang bersusah-payah di awal kemasukan ke tanah rancangan dahulu.

“Dengan apa yang telah dinyatakan Perdana Menteri itu jelas membuktikan kami layak untuk menerima durian runtuh ini biarpun kami bukan lagi isteri peneroka dan sudah berkahwin lain,” katanya.

Aminah berkata, lebih 20 tahun dia menduduki tanah rancangan dan bekas suaminya adalah peneroka Felda Jengka 24.

Katanya,  adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya dia tidak menerima durian runtuh tersebut.

“Ketika masuk ke tanah rancangan dahulu, kami bekas isteri peneroka ini turut sama turun ke ladang dan merasai kepayahan hidup di tanah rancangan.

“Kami yang bersusah payah, tetapi isteri bekas suami yang baru berkahwin tiga atau empat tahun pula dengan senang-lenang dapat durian runtuh,” katanya.

Aminah berkata, sekiranya sebahagian durian runtuh seperti yang dijanjikan tidak diagihkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), mereka menganggap kerajaan tidak menepati janji.

Justeru katanya, mereka tidak teragak-agak untuk memilih kerajaan baru pada PRU akan datang.

Rungutan Aminah turut disokong seorang lagi bekas isteri peneroka Felda Lepas Utara 1, Rozita Jantan, 47.

Rozita berkata, dia telah mengajukan perkara itu kepada pihak pengurusan Felda di tanah rancangan yang penah didudukinya dari 1984 sehingga 2000.

“Apabila ditanya, saya dimaklumkan durian runtuh tersebut adalah duit imbuhan kerajaan kepada peneroka Felda. Persoalannya, jika ia adalah imbuhan kerajaan, mengapa masyarakat kampung tidak menerima duit tersebut?” katanya.

Bekas isteri peneroka Felda Lepar Utara 3, Kamyah Mat Kamis, 48, pula berkata, bukan hanya mereka bertiga sahaja yang tidak berpuas hati, malah ramai lagi bekas isteri peneroka menghadapi masalah sama.

“Ramai tidak berpuas hati lebih-lebih lagi bagi bekas isteri yang menetap di tanah rancangan kerana merasakan mereka ini lebih layak menerima durian runtuh tersebut, bukan mereka yang meninggalkan tanah rancangan dan menetap di luar.

“Tambahan pula, saya dapati masih ramai lagi bekas isteri yang tidak berkahwin lain, tidak menerima durian runtuh ini. Ini menimbulkan kekeliruan kami, justeru kami mohon diberikan penjelasan,” katanya.

Sunday, July 29, 2012

sekampit beras

ARKIB : 28/07/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 1
Kempen 'Seorang Sekampit Beras'
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 27 Julai - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) negeri melancarkan kempen 'Seorang Sekampit Beras' khusus untuk membantu fakir miskin, anak-anak yatim, golongan mualaf serta mereka yang tidak berkemampuan sempena bulan Ramadan ini.

Yang Dipertua ABIM negeri, Muhammad Hisyamudin Baharudin berkata, kempen yang mendapat sambutan menggalakkan sebelum ini tersebut, memasuki tahun keenam penganjuran.

"Pada tahun lalu, kita (ABIM Pahang) berjaya mengagihkan kampit beras kepada lebih 100 keluarga di enam kampung iaitu Kampung Cherating, Bukit Sekilau, Peramu, Perkampungan Orang Asli Batu 14 Jalan Gambang, Kampung Alor Beserah dan Kampung Balok.

"Penerima bukan sahaja menerima beras, malah mereka turut dibekalkan dengan barangan keperluan harian lain seperti tepung gandum, minyak masak, sardin, susu dan gula," katanya pada sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Hisyamudin berkata, untuk Ramadan kali ini, ABIM Pahang komited untuk meningkatkan kutipan beras seterusnya dapat dimanfaatkan kepada masyarakat yang memerlukan.

Menurutnya, proses kutipan untuk kempen kali ini akan diperluaskan ke masjid-masjid di seluruh daerah, pejabat kerajaan dan syarikat swasta.

"Hasil kutipan akan diagihkan pada minggu ketiga dan keempat puasa, kami mengharapkan kempen ini mendapat kerjasama luar biasa daripada semua pihak bagi menjamin kejayaan," katanya.

Beliau berkata, sumbangan daripada orang ramai boleh diberikan dalam bentuk wang ringgit, beras serta barangan keperluan harian yang lain.

"Bagi mereka yang mahu memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit boleh terus disalurkan ke akaun Bank Islam ABIM Pahang (06019010007678).

"Sesungguhnya amalan bersedekah terutama dalam bulan Ramadan ini adalah sangat mulia kerana ia menggambarkan wujudnya hubungan keinsafan antara masyarakat," katanya.

Thursday, July 26, 2012

beli nombor ekor dalam bulan puasa

Beli nombor ekor tanpa malu di bulan Ramadan
Wartawan Sinar Harian
26 Julai 2012
Beli nombor ekor tanpa malu di bulan Ramadan
Pihak berkenaan diminta membuat pemantauan dan menangkap umat Islam yang membeli nombor ekor.
BANDAR TEMERLOH - Ketika umat Islam sibuk merebut pahala berganda ketika ini, masih ada segelintir umat Islam mencemar kesucian Ramadan tanpa rasa malu apabila membeli nombor ekor.

Aktivis masyarakat, Zainor Rashid Abdullah, 52, berkata, dia kesal dengan perbuatan segelintir umat Islam itu yang sengaja menunjukkan sikap kurang baik pada mereka yang bukan beragama Islam.

Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan ada bapa yang membawa anak kecil membeli nombor ekor dan sudah pasti perbuatan buruknya itu akan menjadi contoh serta ikutan kepada anaknya.

“Kita sedih melihat umat akhir zaman ini yang sengaja melakukan perbuatan berdosa tanpa ada perasaan bersalah atau malu pada masyarakat umum.

“Perkara ini umpama menconteng arang di muka umat Islam dan seharusnya ia tidak berlaku. Kita dapat lihat ada segelintir umat Islam membeli nombor ekor di kedai-kedai sekitar Temerloh dan Mentakab,” katanya kepada Sinar Harian.

Zainor Rashid berkata, selain itu daripada sumber yang diperoleh terdapat juga kakitangan kerajaan terlibat dalam aktiviti kurang sihat itu, termasuk warga emas yang sepatutnya menjadi contoh dan tauladan kepada generasi muda.

“Perkara ini perlu dibendung segera kerana kita tidak mahu lebih ramai umat Islam terjebak dalam perkara tidak bermoral ini yang mana akhirnya mendatangkan kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga dan masa depan," katanya.

Dalam pada itu, dia juga meminta pihak berkuasa memantau perang mercun di taman perumahan kerana ia mengganggu ketenteraman orang ramai terutama kanak-kanak dan warga emas.

“Kita kecewa kerana bekalan mercun mudah didapati dan boleh dibeli oleh kanak-kanak bawah umur,” katanya.

Wednesday, July 25, 2012

penternak rugi

ARKIB : 24/07/2012

10 pengusaha ikan patin sangkar rugi akibat kegiatan menuba

ZAINAL Abidin Abdul Rahman (kiri) melihat bangkai ikan patin sangkar yang mati ditunjukkan oleh dua rakannya akibat racun tuba, di Temerloh, Pahang, semalam.
TEMERLOH 23 Julai - Sikap tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menuba ikan di Sungai Semantan di sini menyebabkan 10 pengusaha ikan patin sangkar mengalami kerugian besar apabila ternakan mereka mati sejak dua bulan lalu.
Dianggarkan lebih 10 tan metrik ikan patin sangkar yang sepatutnya dijual sepanjang bulan Ramadan ini mati sekali gus mengakibatkan pengusaha terbabit mengalami kerugian kira-kira RM100,000.
Seorang penternak, Zainal Abidin Abdul Rahman, 45, berkata, sejak Jun lalu kegiatan menuba ikan dilakukan hampir setiap hari di sungai tersebut oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, kegiatan itu dipercayai dilakukan pihak terbabit untuk menangkap ikan patin liar terutama patin buah dan muncung sehingga mengundang kerugian besar kepada penternak di situ.
"Terdapat lebih 400 sangkar ikan di dua kampung ini yang dimiliki lebih 10 pengusaha. Kami semua tanggung rugi sejak kebelakangan ini apabila kegiatan tersebut dilakukan tanpa memikirkan periuk nasi kami akan terjejas.
"Keadaan semakin teruk sekarang, pihak berkenaan semakin berani dan semakin kerap melakukan kegiatan haram itu sekali gus menyebabkan kami rugi," katanya di sini semalam.
Seorang lagi penternak, Amir Daud, 52, yang mengusahakan ternakan ikan sangkar sejak sembilan tahun lalu mengakui kejadian yang berlaku sekarang semakin teruk.
"Biasanya, saya memperoleh 800 kilogram ikan setiap sangkar tetapi sekarang nak dapat separuh pun susah. Sejak dua bulan lalu saya kerugian RM12,000 akibat kegiatan itu," katanya.
Bagi seorang penternak Cina yang mahu dikenali sebagai Lim, dia yang baru menceburi ternakan ikan sangkar sejak April lalu mempunyai rekod bulanan kematian ikan yang tinggi akibat kegiatan menuba.
Dalam pada itu, seorang lagi penternak, Ahmad Zaki Abdul Latif menggesa Jabatan Perikanan Pahang supaya lebih aktif dalam menyelesaikan kegiatan berkenaan di sungai itu.
Dia mencadangkan supaya diwujudkan depot kawalan oleh jabatan terbabit di Sungai Semantan dan Sungai Pahang bagi menangani kegiatan menuba ikan.
"Saya cadangkan mereka bina depot kawalan yang menempatkan penguat kuasa, bukan sepanjang masa tetapi cukup ketika musim air surut antara Jun hingga Oktober setiap tahun kerana waktu itulah kegiatan menuba ikan berleluasa.
"Bukan kami mempertikaikan hasil kerja mereka, tetapi ia adalah realiti kerana saya difahamkan Jabatan Perikanan Pahang tidak mempunyai cukup penguat kuasa untuk mengawal kegiatan haram ini," katanya.

polisas

ARKIB : 25/07/2012

1,263 pelajar daftar di Polisas

PARA penuntut baru menyanyikan lagu Polisas pada Minggu Suai Kenal di Dewan Makmur institut itu, baru-baru ini.
KUANTAN 24 Julai - Seramai 1,263 penuntut baru mendaftar bagi sesi pengajian di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas) di sini, bagi sesi kemasukan Jun tahun ini yang merupakan pengambilan pelajar terbesar di pusat pengajian tersebut kali ini.
Proses kemasukan pelajar Polisas pada awal Jun lalu terpaksa ditangguhkan berbanding politeknik lain di seluruh negara berikutan memberi laluan kepada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang menjadikan Polisas sebagai gelanggang acara memanah.
Sehubungan itu, majlis Minggu Suai Kenal (MSK) dianjurkan selama tiga hari bermula 20 Julai lalu yang dirasmikan oleh Pengarah Polisas, Datuk Abu Bakar Ahmad baru-baru ini.
Menurut Pegawai Perhubungan Awamnya, Norazura Mohd. Ali, program MSK itu bertujuan memberi pendedahan kepada penuntut baru tentang sistem pengurusan di politeknik selain membiasakan mereka dengan persekitaran kampus sepanjang pengajian.
Di samping itu, tambahnya, ia juga merupakan platform bagi menyampaikan segala maklumat tentang pengajian, peraturan dan tatacara pembelajaran di politeknik serta mendedahkan pelajar cara pengurusan masa secara sistematik.
"Selain itu, pelajar juga akan didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan pembelajaran seperti taklimat kebajikan dan pinjaman pendidikan, disiplin, peperiksaan, perpustakaan, keusahawanan, sukan dan kokurikulum serta kaunseling," katanya.
Terdahulu, Abu Bakar dalam ucapannya berkata, penuntut baru perlu berganding bahu menjayakan hala tuju transformasi politeknik yang telah dicerna sebelum ini.
"Pelan Transformasi Politeknik (PTP) turut menyasarkan tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian iaitu 50 peratus pelajar lepasan sekolah memilih pusat pengajian ini sebagai pilihan pertama bagi melanjutkan pelajaran.
"Sebanyak 85 peratus graduan pula mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian serta melonjakkan politeknik sebagai institusi peneraju dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional," katanya.
Pada masa sama, beliau berharap program MSK itu berjaya memberikan sedikit gambaran dan garis panduan kepada para pelajar dalam menyusuri kehidupan baru sebagai warga Polisas.

Sunday, July 15, 2012

pesta ramadan

Bazar Ramadan ibarat pesta
Wartawan Sinar Harian
15 Julai 2012

KUANTAN – Ramadan adalah bulan istimewa yang dinantinanti masyarakat beragama Islam kerana ia dianggap sebagai bulan mengumpul pahala.

Bagaimanapun, bukan sekadar menunaikan kewajipan berpuasa dan melakukan ibadah sampingan tetapi banyak perkara lain yang menyebabkan kedatangan Ramadan amat istimewa.

Agak pelik sekiranya kedatangan bulan puasa tidak diiringi Bazar Ramadan dan kewujudan gerai-gerai yang menyajikan pelbagai juadah ini bukan sekadar menarik perhatian orang Islam.

Menjelang bulan Ramadan yang hanya tinggal beberapa hari lagi, Sinar Harian mendapatkan reaksi orang ramai mengenai bazar Ramadan dan rata-rata daripada mereka mengakui ia bagaikan satu pesta di bulan puasa.

Bagaimanapun, sikap segelintir masyarakat yang suka membeli mengikut nafsu sehingga mendatangkan pembaziran boleh mencemari amalan ketika berpuasa.

Seorang pengguna, Wan Mohd Zelan, 56, berkata, bazar Ramadan bagaikan satu kewajipan ketika bulan puasa dan ahli keluarganya juga sering berkunjung untuk mendapatkan juadah.

“Di kawasan ini Bazar paling popular ialah di Balok, Beserah, Sungai Karang dan boleh dikatakan memang banyak lokasinya.

“Biasanya saya ke bazar sekali-sekala sahaja kerana lebih gemar makan masakan di rumah yang lebih terjamin kualitinya.

“Setiap kali ke bazar sangat ramai pengunjung tetapi kebanyakan ialah golongan bekerja dan tidak sempat untuk memasak.

“Apa pun makan di rumah menjadi pilihan utama dan jika dibeli di bazar ia hanya makanan sampingan sahaja,” katanya.

Pengguna, Bahazlan Wahab, 56 berkata, bazar Ramadan yang ada bagaikan sebuah pesta bagi sesetengah masyarakat dan kadang-kala boleh mendatangkan kealpaan.

“Boleh dikatakan setiap hari saya mengunjungi bazar dan memang satu keseronokan kerana di bulan puasa banyak makanan yang jarang dilihat dijual.

“Tetapi jangan terlalu terpedaya dengan beraneka jenis juadah dan membeli mengikut nafsu kerana sepatutnya di bulan puasa kita lebih berjimat cermat.

“Bazar Ramadan bagaikan satu pesta dan tradisi serta jika terlalu ikut nafsu ia menjadi pesta habiskan duit pula.

“Bagaimanapun, kewujudan bazar Ramadan membawa kebaikan dan keburukan serta sebagai pengguna kita perlu bijak menilai,”katanya.

Seorang lagi pengguna, Fatimah Jusoh, 58 pula lebih gemar memasak di rumah dan hanya sesekali sahaja mengunjungi bazar.

“Sebagai suri rumah sudah tentunya kita lebih senang menyediakan juadah berbuka di rumah.

“Kadang-kadang kalau pergi ke bazar hanya untuk mencari kuih-muih sahaja dan jika masak dirumah makanan lebih selamat,”katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian Umno Indera Mahkota, Datuk Shaharuddin Shamsuddin, berkata, antara bazar Ramadan paling polular ialah di perkarangan Stadium dan rata-rata bazar yang ada memang mendapat sambutan ramai.

“Istimewanya bazar Ramadan kerana terdapat pelbagai juadah di jual dan secara tidak langsung mengetengahkan semula makanan tradisional.

“Ia sebenarnya sumber rezeki kepada peniaga kerana sesetengah penguasaha kedai makan atau restoran terpaksa berehat ketika bulan puasa.

“Bazar Ramadan menjadi punca pendapatan lain kepada mereka dan ia juga memberi peluang kepada peniaga bidan terjun.

“Walaupun seronok dengan bazar Ramadan peniaga kena sentiasa beringat dalam menyediakan makanan yang bersih.

“Makanan mestilah berkualiti dan diyakini halal kerana ia melibatkan makanan untuk orang ramai serta pengguna juga tidak perlu taksub membeli sehingga berlaku pembaziran,” katanya.

centre point

Kemeriahan Centrepoint 'terencat'
Wartawan Sinar Harian
16 Julai 2012
Kemeriahan Centrepoint 'terencat'
Dinding bangunan Centrepoint kotor akibat najis burung.
KUALA LIPIS - Penduduk daerah ini terutama pemilik premis resah berikutan bangunan Centrepoint semakin dicemari najis burung yang boleh menjejaskan keindahannya.

Keadaan itu berlaku berikutan banyak burung muncul di bangunan terbabit terutama pada waktu petang dan senja.

Berikutan itu, mereka menggesa pihak berkaitan segera mengambil langkah tertentu bagi mengatasi masalah tersebut yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Tinjauan Sinar Harian di sekitar bangunan tersebut mendapati najis burung itu memenuhi laluan kaki lima, tempat letak kenderaan dan atas jalan raya.

Turut menjadi ‘mangsa’ ialah kenderaan yang diletakkan di bawah pokok atau tepi bangunan apabila ia dihujani najis burung.


Bau tidak menyenangkan

Seorang penduduk, Siti Zaleha Arshad, 40, berkata, satu ketika dahulu bangunan Centrepoint tersebut menjadi mercu tanda bagi daerah ini selain turut menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk bersantai.

“Setiap hujung minggu golongan muda kerap berkunjung ke bangunan ini untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan.

“Namun kini bangunan Centrepoint seolah-olah sepi dari kunjungan orang ramai di tambah dengan kekotoran yang wujud di sekitar blok berkenaan,” katanya.

Siti Zaleha berkata, dia sudah tidak tahan lagi melihatkan keadaan yang berlaku kerana selain mencemar pemandangan, najis itu juga menimbulkan bau tidak menyenangkan.


Cuci kereta lebih kerap

Seorang pekerja swasta, Zahid Hamidi, 29, berkata, kenderaan miliknya akan dipenuhi najis burung setiap kali dia meletakkan  kereta di tepi bangunan atau bawah pokok di kawasan terbabit.

"Najis tersebut boleh dilihat di merata-rata tempat dan sangat banyak pada awal pagi serta waktu senja kerana pada masa itu burung-burung berterbangan pulang ke sarang.

“Kereta saya juga perlu dicuci secara kerap disebabkan najis burung tersebut,” katanya di sini, kelmarin.


Kurang selesa menjamu selera

Seorang suri rumah, Razalina Rashid, 30, berkata, najis burung boleh dilihat di merata-rata tempat di sekitar bangunan Centrepoint.

“Ia juga boleh dilihat berhampiran kedai-kedai makan dan keadaan itu menyebabkan saya kurang berselesa ketika menjamu selera.

“Saya kerap ke bangunan tersebut untuk membeli barangan keperluan dan apabila melihat kereta saya dipenuhi najis burung membuatkan saya berasa kecewa dan marah,” tegasnya.

Razalina berkata, pengunjung juga kerap menghidu bau hancing di kawasan tangga bangunan tersebut dan ini menimbulkan rasa kurang selesa kepada mereka.

Menurutnya, terdapat juga barangan rosak dan tidak boleh dipakai lagi diletakkan di beberapa bahagian bangunan tersebut dan perkara tersebut menimbulkan pemandangan yang kurang selesa.


Malu dengan orang luar

Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Zam berkata, para peniaga berasa malu terutama terhadap orang luar seperti pelancong asing apatah lagi di tempat orang ramai menjamu selera.

“Mereka mungkin membuat andaian bahawa peniaga-peniaga di sini pengotor kerana sanggup berkongsi premis perniagaan dengan najis burung,” katanya.

Zam berkata, disebabkan burung-burung itu mula memasuki bangunan itu kira-kira pukul 6.30 petang, sebahagian peniaga terpaksa menutup premis lebih awal kerana tidak sanggup dihujani najis.

“Jika sebelum ini, ramai di kalangan kami boleh berniaga sehingga malam, tetapi disebabkan masalah ini perniagaan ditutup lebih awal kerana bau yang meloyakan dan sangat tidak sesuai dengan premis makanan,” katanya.

Katanya, sehubungan itu, adalah diharapkan pihak berkaitan dapat mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.

rumah reput

Rumah reput dimakan anai-anai
Wartawan Sinar Harian
16 Julai 2012
Rumah reput dimakan anai-anai
Minah menunjukkan rumahnya yang semakin usang dan reput dimakan anai-anak di Kampung Tempoyang.
KUALA LIPIS - Seorang warga emas yang tinggal di Kampung Tempoyang, di sini, memohon pihak berkaitan membantu membaik pulih kediamannya.
Minah Buang, 77, berkata, rumahnya yang didiami sejak 30 tahun lalu semakin usang dan mampu mengundang bahaya sekiranya tidak dibaiki dalam waktu terdekat.

Menurutnya, rumah terbabit dibina menggunakan kayu terbuang yang dikutip dari projek perumahan berhampiran oleh arwah suaminya.

“Kini rumah saya semakin reput. Papan lapis yang menjadi lantai rumah sudah lentur dan bila-bila masa sahaja boleh runtuh, manakala dinding pula dimakan anai-anai.

“Pernah berlaku ribut, sebahagian bumbung diterbangkan angin. Mujur saya tidak mengalami sebarang kecederaan ketika itu,” katanya di sini, kelmarin.

Minah berkata, walaupun menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300 sebulan, namun dia tidak mampu membaiki kediamannya.

“Wang bantuan itu hanya cukup beli barangan keperluan harian. Saya pula menghidap penyakit darah tinggi dan urat sarat, jadi perlu berulang-alik tiga kali sebulan ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.

“Saya tinggal di tapak (tanah) sendiri. Saya harap dapat ihsan peruntukan atau bantuan daripada pihak berwajib bagi membaik pulih kediaman ini supaya saya boleh berteduh dari panas dan hujan,” katanya.

komplek sukan

Kompleks sukan dipenuhi najis
NORHAFIZAN ZULKIFLI
16 Julai 2012
Kompleks sukan dipenuhi najis
Najis binatang yang bertaburan di salah satu pintu masuk ke padang.
BANDAR TUN RAZAK –Akhir tahun lalu, Sinar Harian pernah melaporkan tentang Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara (MSN) di bandar ini yang tidak diselenggarakan dengan sempurna.

Berdasarkan maklumat pengunjung, walaupun berita tersebut telah disiarkan, namun sehingga kini masih belum ada tindakan sewajarnya diambil oleh pihak terbabit.

Najis-najis binatang ternakan seperti ayam dan ayam Belanda ini sekali gus mencacatkan pemandangan kompleks sukan terbabit.

Najis terbabit dikatakan bertaburan di sekitar kawasan kompleks sukan ini terutama di kawasan di bahagian tangga dan jalan masuk ke tempat duduk penonton.

Difahamkan, kehadiran binatang ternakan terbabit menimbulkan tanda tanya kepada pengunjung yang datang ke kompleks sukan ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati tiada perubahan yang dibuat. Dapat dihidu bau najis yang busuk bertaburan tidak di cuci.

Menurut seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Ibrahim, ia pernah di cuci, namun jarang-jarang sekali.

“Jarang juga saya lihat najis tersebut dicuci. Kadang-kala bila dah banyak bertaburan dan apabila sudah terlalu teruk barulah ianya di cuci,” katanya.

Difahamkan juga, kompleks sukan terbabit tidak mempunyai tukang cuci khas, sebaliknya yang melakukan kerja-kerja pencucian ialah kakitangan yang bertugas di situ.


Tandas juga tidak diselenggarakan

Selain keadaan najis binatang ternakan yang bertaburan, dapat dilihat tanda awam yang kotor selain beberapa bilik yang dibiarkan kosong tidak digunakan dan padang bola sepak yang dilihat tidak mempunyai garisan putih serta tiang gol yang tidak berjaring.

Menurut Ibrahim, rumput di padang tersebut juga hanya di potong sebulan sekali, malah kerja-kerja pemotongan tersebut dilakukan di sebelah malam.

“Agak memalukan jika pengunjung dari luar datang melakukan aktiviti sukan di sini terutama pelajar-pelajar sekolah.

“Pernah sekali pelajar sekolah datang melakukan aktiviti sukan di sini, sebahagian dari pelajar sekolah terbabit muntah-muntah tidak tahan dengan kekotoran di kompleks sukan ini,” katanya.


Harta awam yang perlu dijaga

Ketua Umno Cawangan Desa Jaya, Ahmad Sabrey Idris, berkata, hampir setiap pagi beliau berjoging di kompleks sukan itu.

Beliau memberitahu, keadaan tidak terurus kompleks tersebut telah terjadi sejak beberapa tahun dahulu.

“Saya sering datang berjoging di sini ketika pagi, dan saya lihat keadaan di sini sangat daif dengan najis ayam dan ayam Belanda bertaburan dan tidak di cuci.

Saya rasa, semua ini terjadi mungkin disebabkan pihak pengurusan tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

“Saya tidak bermaksud memarahi orang yang bertanggungjawab, tetapi mereka harus sedar, ini merupakan harta rakyat dan kemudahan untuk rakyat. Bukan tempat untuk membela ayam dan ayam Belanda,” katanya.

Menurutnya, kompleks tersebut sering digunakan oleh pelajar sekolah dari luar dan dalam daerah dan dikatakan disewa pada harga RM80 sehari untuk digunakan oleh orang awam yang mahu menggunakan perkhidmatan padang di situ.

Menurut satu sumber, kompleks sukan itu akan diserahkan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Jengka untuk diambil alih pengurusannya.

Sumber tersebut berkata, ini mungkin sesuatu yang agak mengecewakan bagi pengguna kompleks sukan tersebut kerana kemungkinan pengambilalihan tersebut lebih menyukarkan penduduk sekitar memanfaatkan kemudahan di kompleks sukan tersebut yang dikatakan berpotensi untuk dibangunkan.

tiang kena kebas

Tiang lesap dikebas pencuri
Wartawan Sinar Harian
16 Julai 2012
Tiang lesap dikebas pencuri
Mohd Zolfakar menunjukkan kebanyakan pagar yang roboh apabila tiang besi dikebas pencuri.
KUALA ROMPIN – Pencuri besi buruk bukan saja menjadikan motosikal sebagai sasaran, malah tiang besi pagar di Pusara Daerah Rompin turut menjadi mangsa untuk mendapatkan wang dengan cara haram.

Kegiatan itu terbongkar sejak lebih sebulan lalu di mana kejadian tersebut mengakibatkan pagar mengelilingi kubur di situ kebanyakannya roboh dan tidak boleh digunakan lagi.

Bekas Penyelaras Tanah Perkuburan Islam Rompin, Mohd Zolfakar Taib, 42, berkata, pusara terbiar itu dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam Rompin sebelum dinaik taraf sejak lebih setahun lalu.

Menurutnya, perbuatan pihak yang sanggup mencuri tiang besi itu amat dikesali, apatah lagi perbuatan terkutuk tersebut dilakukan di tanah perkuburan.

“Sepatutnya mereka insaf setiap kali memijak kaki ke tanah perkuburan. Namun sebaliknya berlaku hingga mereka tergamak mencuri,” katanya.

Mohd Zolfakar berkata, terdapat sekurang-kurangnya lima tiang lesap dikebas pihak tidak bertanggungjawab yang dipercayai mempunyai nilai jika dijual kepada ‘tauke’ besi buruk.

Menurutnya, dia juga tidak menolak kemungkinan kegiatan itu dilakukan penagih dadah terdesak hingga sanggup mencuri tiang pagar tersebut.

“Bagaimanapun, kami minta polis menyiasat perkara ini untuk memastikan dalang kejadian itu dapat dibanteras hingga ke peringkat akar umbi,” katanya.

Katanya, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) juga disaran mencari kaedah terbaik untuk menangani perkara itu.

Selain itu katanya, pusara tersebut memerlukan penjagaan rapi dari segi kebersihan memandangkan statusnya sebagai pusara perkuburan.

Friday, July 13, 2012

mempaga

Himpunan Oren satu lagi drama pembangkang burukkan Felda

Warga peneroka Felda Mempaga 1, 2 dan 3, Pahang mengadakan demonstrasi aman bagi membantah Himpunan Oren di Kuala Lumpur, semalam.
SELEPAS lebih separuh abad gagal mendapatkan sokongan majoriti rakyat, Pas kini galak menggunakan strategi mengikut warna untuk program yang mereka laksanakan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Ini termasuk perhimpunan Sabtu ini di ibu negara yang dinamakan Himpunan Oren. Kenapa warna Oren dipilih, penulis mengagak ia tidak mungkin ada kaitan unsur feng shui.
Barangkali ia menzahirkan objektif penganjur program berkenaan yang kononnya bertujuan menyelamatkan Felda yang mana oren adalah warna sinonim dengan konglomerat itu.
Niat utama mereka adalah menjadikan perhimpunan itu sebagai tanda bantahan berterusan pembangkang terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).
Anehnya, FGV yang merupakan tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia selepas Facebook untuk tahun ini telah disenaraikan dengan penuh cemerlang pada 28 Jun lalu sehingga kejayannya mendapatan perhatian meluas pelabur di seluruh dunia.
Ini menggambarkan keyakinan ramai terhadap masa depan Felda yang bakal memperoleh banyak manfaat perniagaan apabila ia disenaraikan dalam usaha berterusan kerajaan mengangkat Felda sebagai sebuah konglomerat global.
Namun Pas menerusi pertubuhan tidak berdaftar yang didalangi mereka, Anak memilih jalan sebaliknya. Hasutan demi hasutan dibuat di tanah rancangan di seluruh negara termasuk di Pahang yang mana tiga daripada 12 wilayah Felda terletak di negeri ini.
Malah pada peringkat awal ada pihak tertentu yang sengaja menyebarkan desas-desus kononnya tanah peneroka bakal tergadai akibat penyenaraian ini. Hakikatnya seperti dijanjikan, tidak ada seinci pun tanah 112,635 peneroka yang tergadai.
Tidak cukup dengan itu, diheret mereka beberapa peneroka yang merupakan orang kuat pembangkang supaya memfailkan injunksi bagi menghalang penyenaraian ini menerusi cara menghalang Koperasi Permodalan Felda (KPF) daripada terlibat sama.
Tindakan itu banyak menyusahkan kerajaan dan warga peneroka keseluruhannya sehingga terpaksa menubuhkan Tabung Amanah bagi menggantikan peranan KPF agar penyenaraian ini dapat diteruskan.
Dan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran durian runtuh RM15,000 kepada setiap keluarga peneroka, timbul pula kononnya wang itu adalah haram.
Namun apabila pembayaran fasa pertama dilakukan Mei lalu, tidak ada sesiapa pun menolaknya termasuk mereka yang siang malam menghentam usaha kerajaan menyenaraikan Felda.
Sebaliknya ada pula yang datang menuntut wang itu dengan penuh ego mendakwa ia adalah hak peneroka walaupun hakikatnya ia diberikan kerana penyenaraian FGV - perkara yang ditentang mereka.
Tetapi itulah pembangkang, apa sahaja usaha yang dibawa kerajaan akan dikelirukan mereka. 'Modus operandi' begitu bukan baru tetapi sudah sebati dengan mereka. Akhirnya menjadi seperti burung kakak tua, bercakap tanpa memahami apa yang dituturkan.
Sebab itu Perdana Menteri selalu mengingatkan perihal pembangkang seperti mana kisah Putrajaya yang dahulu mahu digadai mereka tetapi sekarang mahu ditawan. Apa yang tidak dibantah, tetapi akhirnya mereka juga salah seorang yang mengambil manfaatnya.
Justeru, Himpunan Oren anjuran Pas hanyalah satu lagi drama politik dengan harapan menggunung mereka untuk merungkai senario supaya ada rancangan Felda di bawah Barisan Nasional (BN) akan tewas pada PRU-13 kelak.
Dan perhimpunan seperti itulah sahaja yang tahu dilakukan pembangkang, berpolitik siang dan malam sedangkan pimpinan BN bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.
Lihat sahaja logo Felda di awal permulaan agensi itu yang tertera 'No Need To Be Poor'. Matlamat awal itu sudah lama dicapai. Malah di alaf baru, kehidupan peneroka jauh berubah sehinggakan berada di kalangan kelas pertengahan dan tergolong sebagai kelompok yang layak mengeluarkan zakat.
Namun apa yang dikesali, pada saat mereka menuai hasil lumayan daripada kesusahan di awal penyertaan Felda dahulu, ada segelintir yang rela dipergunakan pihak yang tidak pernah membantu mereka apa pun kecuali menjanjikan bulan, bintang dan mungkin syurga.

banyak ikan

ARKIB : 12/07/2012

Peroleh tangkapan luar biasa

Seorang nelayan pesisir pantai di Pantai Kempadang menunjukkan hasil tangkapan ikan kembung yang luar biasa banyak sehingga mencecah 420 kilogram di Kuantan, Pahang, kelmarin.
KUANTAN 11 Julai - Tiga nelayan pantai di Kampung Kempadang di sini semalam tidak menyangka membawa pulang hasil tangkapan laut yang 'luar biasa' apabila menaikkan ikan kembung 420 kilogram (kg) semalam.
Lebih mengejutkan, ketiga-tiga nelayan itu hanya mengambil masa satu jam untuk menaikkan tangkapan mereka berbanding sebelum ini yang mengambil masa sehari dengan membawa pulang hasil sekitar 30 hingga 50 kg sahaja.
Nelayan terbabit, Omar Baru , 54, Mohd. Hafizan Abdul Jalil, 22, dan Ahmad Firdaus Abdul Jalil, 18, tidak menyangka rezeki yang diterima merupakan satu rahmat kerana belum pernah mendapat hasil tangkapan dengan jumlah besar tersebut.
Ahmad Firdaus berkata, dia bersama abangnya turun ke laut pada pukul 6.30 pagi sejauh 12 kilometer dari pesisir pantai kampung tersebut.
Tambahnya, sebaik tiba di tempat mereka selalu memukat, dia bersama abangnya melepaskan pukat dan satu jam kemudian menariknya dan terkejut apabila menaikkan sejumlah besar ikan berkenaan.
"Saya terpaksa melepaskan pukat sebanyak dua kali kerana teruja memandangkan jumlah ikan dinaikkan terlalu banyak dan ia merupakan rezeki kami," katanya kepada pemberita di sini.
Katanya, sebelum ini mereka akan pulang ke pantai pada lewat petang dengan membawa hasil tangkapan yang tidak seberapa.
Bagi Omar pula, dia turun ke laut seorang diri bersama botnya pada awal pagi semalam ketika air laut surut.
"Selalunya saya hanya membawa pulang tangkapan sekitar 20 hingga 35 kilogram tetapi kali ini jumlahnya cukup besar dan saya sangat bersyukur," katanya yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Wednesday, July 11, 2012

mahasiswa

ARKIB : 11/07/2012

Mahasiswa perlu rasional

RAUB 10 Julai - Mahasiswa perlu berfikiran rasional dan terbuka serta tidak seharusnya berfikiran secara kritikal bagi membuat keputusan atau pertimbangan yang lebih wajar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, berfikiran secara rasional dan terbuka membolehkan mereka mengetahui keadaan sebenar situasi yang berlaku dan tidak hanya menerima bulat-bulat secara kritikal sesuatu perkara.
Menurutnya, sebagai bakal pemimpin pada masa depan, mereka perlu membuat sesuatu keputusan secara baik, bijak dan tidak berfikiran kritikal kerana ia akan menjejaskan rakyat serta negara.
“Mahasiswa perlu mengikis imej berfikiran kritikal yang kebiasaan digambarkan sebagai imej mereka yang selalunya tidak sehaluan dengan kerajaan.
“Tidak salah untuk berfikiran kritikal tetapi ia perlu kena pada tempat dan sesuatu isu yang berlaku terutama berkaitan proses demokrasi atau hak-hak rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Jalinan Kasih anjuran Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kampung Pamah Kulat, Dong, di sini baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi GiatMara memberitahu, mahasiswa perlu didedahkan dengan kegiatan kemasyarakatan, ekonomi, kesihatan dan politik supaya lebih memahami situasi sebenar dalam sesuatu komuniti.
Pada masa sama, beliau berharap mahasiswa bijak menggunakan kebebasan berpolitik yang diberikan kerajaan dengan sebaik mungkin agar tidak menjejaskan pembelajaran nanti.
“Saya pernah terbabit dalam politik sejak muda hingga kini tetapi ada garis panduan dan tidak menjejaskan pelajaran serta masa depan," katanya.
Tambah beliau, kerajaan menyediakan peruntukan besar dalam bidang pendidikan bertujuan melahirkan rakyat berilmu yang boleh dijadikan pemimpin pelapis negara pada masa akan datang.

rezeki sukma

ARKIB : 10/07/2012

Rezeki berniaga semasa Sukma

Seorang peniaga, Nizam Mohd. Rizuan menjual baju dan seluar secara lelong di pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan.
KUANTAN 9 Julai - Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh memberi pulangan lumayan khususnya bagi mereka yang serius dalam bidang berkenaan.
Tidak kira apa jenis perniagaan yang dijalankan, yang penting bidang perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu menjana pendapatan.
Lebih meluaskan pintu rezeki ialah apabila ada penganjuran acara besar sama ada oleh kerajaan negeri, agensi atau pihak korporat yang menarik ramai peniaga bagi memudahkan orang ramai berbelanja.
Tidak dinafikan sesuatu aktiviti itu berjaya memberi pendapatan tambahan, malah ada juga yang baru pertama kali mengikutinya turut mendapat pulangan lumayan.
Menyedari hakikat tersebut, ramai peniaga terutama di kalangan bumiputera tidak melepaskan peluang untuk berniaga sempena temasya Sukan Malaysia (Sukma) XV di negeri ini yang bermula Sabtu lalu.
Rata-rata mereka yang ditemui Utusan Malaysia berkata, fakta telah membuktikan bahawa majoriti jutawan adalah lahir daripada golongan peniaga.
Seorang peniaga barangan kraf tangan, Noraziah Awang berkata, peluang berniaga terutama ketika temasya Sukma berlangsung tidak seharusnya dilepaskan para peniaga.
"Jangan takut kita tidak akan mendapat untung kerana orang ramai tidak ke gerai kita. Ini kerana kegagalan merupakan satu lumrah yang biasanya akan dihadapi oleh para peniaga. Tetapi, ia tidak bermakna kegagalan tersebut akan membuatkan kita terus gagal dan tidak boleh mengecapi kejayaan selepas itu.
"Kegagalan dalam perniagaan sekiranya dipandang dari sudut yang positif dapat dijadikan sebagai pembakar semangat untuk meneruskan usaha membangunkan semula perniagaan," katanya.
Seorang lagi peniaga yang ditemui, Nizam Mohd. Rizuan berkata, Sukma merupakan peluang terbaik untuk para peniaga menjual barangan mereka.
"Tidak dinafikan ramai peniaga akan berniaga sewaktu Sukma berlangsung, tetapi kita sebagai seorang peniaga perlu bersabar kerana pasti akan ada pelanggan yang mengunjungi gerai kita.
"Kesabaran merupakan satu aspek yang sangat penting. Impaknya perniagaan pasti menjadi bertambah maju dan berjaya," katanya yang mengusahakan gerai menjual baju, seluar dan kasut baru serta terpakai.

kerajaan tolong peneroka berzakat

ARKIB : 11/07/2012

Pahang perkenal potongan zakat buat peneroka

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) menerima replika cek zakat daripada wakil Tenaga Nasional Bhd. pada Majlis Pelancaran Potongan Zakat Al-Barokah Felda di Hotel MS Garden, kelmarin.
KUANTAN 10 Julai - Pahang menjadi negeri pertama yang memperkenalkan program khusus bagi mengutip zakat dalam kalangan peneroka Felda dengan cara pemotongan hasil pendapatan yang akan diuruskan oleh pengurus rancangan.
Program yang dikenali sebagai Al-Barokah Felda itu dilancarkan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.
Tengku Abdullah bertitah, program berkenaan merupakan inisiatif terbaru pihak Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk meningkatkan lagi jumlah kutipan zakat di negeri itu.
"Walaupun hanya enam peratus daripada 43,123 peneroka di Pahang yang membayar zakat, namun saya yakin selepas pelancaran program ini jumlah berkenaan akan meningkat.
"Kalau separuh daripada peneroka membayar zakat, jumlah yang akan akan dikutip adalah sebanyak RM8 juta setahun. Kalau jumlah itu berjaya dikutip, ia adalah golongan terbesar di negeri ini yang membayar zakat," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Potongan Zakat Al-Barokah Felda dan Majlis Ramah Mesra Bersama Asnaf Zakat, di sini semalam.
Turut berangkat Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.
Titah baginda, para peneroka boleh membuat potongan gaji atau hasil pendapatan untuk membayar zakat yang akan diuruskan oleh pengurus rancangan.
"Sebanyak 18 rancangan Felda di seluruh negeri telah dipilih untuk memulakan program perintis ini. Saya yakin dengan adanya pemotongan melalui gaji ini akan menambahkan lagi jumlah peneroka yang membayar zakat," titah baginda.
Dalam pada itu baginda yang juga Yang Dipertua MUIP bertitah, setakat ini, pihaknya masih belum mahu menggunakan tindakan undang-undang terhadap peneroka yang tidak membayar zakat.
"Buat masa ini pihak MUIP akan bagi kesedaran dulu kepada peneroka mengenai kewajipan membayar zakat pendapatan," titahnya.

siswa bersama rakyat

ARKIB : 11/07/2012

15 penuntut IPTA sertai program Amanah Ikhtiar

AMIHAMZAH Ahmad (tengah) bersama para penuntut IPTA dan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia pada majlis penyerahan anak angkat di Kuala Lipis, Lipis baru-baru ini.
KUALA LIPIS 10 Julai - Seramai 15 penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) negeri ini menyertai Program Anak Angkat Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Lipis, di sini baru-baru ini.
Mereka merupakan para penuntut Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang dan Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), ditempatkan bersama 15 keluarga angkat yang juga merupakan peserta Sahabat AIM Lipis.
Penempatan penuntut berkenaan dalam kalangan ibu tunggal yang juga pengusaha di bawah Program Komuniti Usahawan Wanita AIM diadakan selama sebulan bertujuan memberi pendedahan kepada mereka tentang cabaran golongan itu mengharungi kehidupan.
Mereka mengikut keluarga angkat masing-masing yang tinggal di Kampung Padang Tengku, Kampung Mela, Kampung Tanjong Buloh, Kampung Kuala Medang, Kampung Bukit Betong, Kampung Benta dan Kampung Merapoh.
Satu majlis penyerahan penuntut berkenaan disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Amihamzah Ahmad di Dewan Jubli Sultan Haji Ahmad Shah bandar ini.
Hadir sama Pengarah Pusat Keusahawanan UMP, Dr. Omar Jamaludin; Pengarah Pinjaman dan Operasi AIM, Nor Fazidah Kadri; Penolong Pengarah Unit Pembangunan Usahawan AIM, Che Mahdi Idris dan Pengurus AIM Pahang, Roslan Pakon.
Menurut Omar, program kolaborasi antara IPTA dengan AIM bertujuan memberi peluang penuntut menjalani latihan di bidang keusahawanan berasaskan pengajian mereka dan boleh berdikari selepas menamatkan pengajian nanti.
"Program itu membolehkan penuntut mendalami susur hidup, kesusahan dan kepayahan yang pernah dilalui oleh Sahabat AIM yang terbabit dengan usahawan sehingga meniti tangga kejayaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Jelasnya, kegiatan itu merupakan satu inisiatif penting dalam memperkasa budaya keusahawanan, sekali gus membuka mata dan minda penuntut yang terlibat untuk menceburi bidang perniagaan.
Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga AIM, Datuk Amihamzah Ahmad berkata, program itu antara platform mencanai pengetahuan dan pengalaman penuntut bersama Sahabat AIM berasaskan penggabungan konsep teori serta praktikal.
"Mereka berpeluang mencurahkan idea hasil teori dan pembelajaran yang diperoleh dalam bidang pengurusan, kewangan, pemasaran serta keusahawanan kepada ibu angkat masing-masing," ujarnya.
Sehubungan itu, katanya, Sahabat AIM yang terbabit dengan usahawan boleh memanfaatkan pengetahuan yang dimiliki penuntut itu untuk memantapkan lagi perniagaan masing-masing.

Monday, July 2, 2012

tolong perihatin wahai felda

Kecewa agihan durian runtuh
WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Julai 2012
Kecewa agihan durian runtuh
Roslan
FELDA BUKIT MENDI - Generasi kedua Felda melahirkan rasa kecewa dengan cara Felda menguruskan penyerahan wang durian runtuh kepada peneroka.

Seorang anak peneroka, Roslan Abu Bakar berkata, dia bukannya tidak bersyukur dengan pemberian itu, tetapi mahu Felda lebih cekap menguruskan agihan tersebut.

Menurutnya, pemberian RM5,000 pertama yang diberikan kepada peneroka sudah diterima, namun cek itu diletakkan di atas nama arwah bapanya.

“Bapa saya sudah lima tahun meninggal dunia dan seharusnya Felda prihatin dengan perkara ini.

“Apabila ibu saya menerima cek itu, dia terpaksa melalui pelbagai proses untuk menukar semula cek tersebut,” katanya.

Roslan berkata, sepatutnya Felda mempunyai data lengkap mengenai peneroka supaya perkara seperti itu tidak berlaku kerana ia hanya menyusahkan pihak ketiga.

Katanya, dia kecewa apabila membuat urusan pertukaran cek, pihak pengurusan Felda meminta salinan kad pengenalan arwah bapanya.

“Saya terkejut dengan permintaan mereka. Bukankah sepatutnya mereka meminta salinan sijil kematian untuk mengesahkan perkara itu?

“Setahu saya, jika seseorang itu meninggal dunia, kad pengenalan tidak lagi berfungsi.

Saya tidak pasti apa tujuan mereka berbuat demikian,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik kerana mereka sekeluarga masih menyimpan salinan kad pengenalan arwah bapanya dan menyerahkan kepada pihak pengurusan Felda bagi urusan pertukaran cek.

kemajuan di sungai lembing

Limpahan pembangunan di Sungai Lembing buat rakyat

KUANTAN 2 Julai - Pembangunan pesat di sekitar Sungai Lembing di sini, membuktikan kerajaan tidak memilih kawasan dalam memastikan rakyat menikmati kehidupan selesa tanpa mengira kaum dan agama.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail berkata, beliau telah memohon beberapa peruntukan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pembangunan di situ dapat dilaksanakan.

Menurutnya, janji-janji yang dibuat oleh wakil rakyat terdahulu dan sekarang menyaksikan Sungai Lembing kini menjadi tumpuan sama ada pelancong tempatan dan antarabangsa.

"Apa yang dijanjikan oleh kerajaan kepada masyarakat Sungai Lembing kita tunaikan seiring dengan slogan Janji Ditepati seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri," katanya ketika berucap di sini semalam.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Ulang Tahun Persatuan Hokka di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Lembing, di sini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Sohaimi Mohamed Shah.

Abdul Manan berkata, antara perkara dilaksanakan ialah pembinaan tiga jambatan merentasi Sungai Klau dengan Sungai Lembing.

Jelasnya, projek tersebut yang dilancarkan pada awal tahun ini dijangka siap selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, beliau menyeru masyarakat di situ supaya menyumbang bakti dalam membangunkan lagi pekan Sungai Lembing.

Katanya, sejak diisytiharkan sebagai Bandar Warisan, pekan tersebut menerima kunjungan pelancong dalam dan luar negara, sekali gus menjana ekonomi di situ.

"Dengan pelbagai tempat menarik di situ, saya yakin Sungai Lembing akan menjadi salah satu destinasi pelancongan di negara ini," katanya.

zoo baru

ARKIB : 02/07/2012

Zoo baru bakal ganti Zoo Negara

LioW Tiong Lai (dua dari kiri) dan Johari Harun (tiga dari kiri) melawat lokasi pembinaan Dataran Janda Baik di Bentong, kelmarin.
BENTONG 1 Julai - Persekitaran hijau dan alam semula jadi yang masih terpelihara di Janda Baik di sini menjadi pilihan kerajaan Persekutuan untuk membina zoo baru bagi menggantikan Zoo Negara di Kuala Lumpur.
Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Zoo Negara kini didapati tidak lagi sesuai dengan pembangunan pesat yang berlaku di sekelilingnya menyebabkan hidupan liar di tempat tersebut terancam.
Bagaimanapun katanya, kerajaan masih belum memutuskan lagi sama ada akan dilaksanakan atau tidak, memandangkan ia masih dalam peringkat perancangan.
''Perancangan untuk memindahkan Zoo Negara ke kawasan berhampiran Janda Baik kerana kedudukannya begitu hampir dengan Kuala Lumpur dan jika dilaksanakan kelak, kemungkinan besar ia melibatkan kawasan yang jauh dari kediaman penduduk.
"Jika diperhatikan kawasan persekitaran yang menghijau di situ amat sesuai untuk dijadikan tapak zoo bagi menempatkan pelbagai jenis haiwan. Namun begitu ia masih memerlukan perancangan teliti bagi memastikan tidak menimbulkan masalah kepada penduduk," katanya yang juga Menteri Kesihatan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kawasan tapak Dataran Janda di sini semalam.
Turut hadir ialah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong, Datuk Johari Harun.
Tiong Lai berkata, sekiranya perancangan pemindahan tersebut diluluskan ke kawasan ini, sesi taklimat khas akan diadakan kepada penduduk.
Jelasnya, ia penting bagi memastikan penduduk mengetahui dengan jelas perkara itu sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya.
"Pemindahan Zoo Negara ke kawasan ini dilihat dapat menjadikan Janda Baik sebagai destinasi lebih terkenal dengan kepelbagaian produk pelancongan.
"Apa yang diharapkan ialah penduduk di sini dapat berganding bahu mengekalkan keindahan alam semulajadi kampung ini yang sememangnya menjadi salah satu tarikan kepada pengunjung sama ada dari dalam atau luar negara," katanya.

oku dibantu

ARKIB : 02/07/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 0
Kerajaan tak abaikan kebajikan warga emas, OKU, rakyat miskin

KUALA LIPIS 1 Julai - Kebajikan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan penduduk miskin tidak pernah diabaikan, sebaliknya kerajaan giat menumpukan pelbagai program kebajikan dengan bantuan pelbagai agensi berkaitan.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Suhaimi Ibrahim berkata, langkah itu turut dilakukan di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang supaya golongan terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, pelbagai usaha dilakukan untuk membantu kumpulan sasaran seperti bantuan kewangan, kemudahan rawatan hospital, insentif tertentu dan kursus keusahawanan membabitkan golongan OKU.

"Matlamat kita adalah untuk menangani masalah kebajikan dan kemiskinan penduduk yang merupakan antara agenda dalam transformasi pembangunan," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Sehari Bersama Warga Emas dan Panel Klinik Kesihatan di Kampung Merapoh dekat sini baru-baru ini.

Sempena majlis berkenaan, Suhaimi merasmikan Pusat Kegiatan Riadah Warga Emas di bawah penyelenggaraan Panel Klinik Kesihatan dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Merapoh.

Seramai 200 warga emas dari Kampung Merapoh, Kampung Chegar Perah dan Sungai Temau hadir mendengar ceramah kesihatan yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan Lipis, Dr. Rahimi Hassan.

Menurut Suhaimi, menerusi agensi di bawah Kerajaan Persekutuan, segala bantuan disalurkan segera kepada kumpulan sasaran supaya mereka lebih selesa menjalani kehidupan dan berdikari dengan kemahiran yang dimiliki.

"Ada kerajaan negeri di bawah pemerintahan pembangkang cuma memperuntukkan bantuan bulanan kepada golongan sasaran bernilai RM100 sahaja, berbanding Kerajaan BN menyumbang RM300 untuk warga emas miskin dan golongan asnaf lain di samsping agihan bantuan kewangan lain,'' katanya.

pulanglah nak

ARKIB : 02/07/2012

Ibu rayu Aslina pulang ke rumah

ASLINA MAMUK
KUALA LIPIS 1 Julai - Seorang ibu di Kampung Mela di sini merayu supaya anak gadisnya pulang ke pangkuan keluarga selepas seminggu didapati meninggalkan rumah tanpa mengetahui puncanya.
Ibu berkenaan, Miss Che Aesos, 44, berkata, anaknya, Aslina Mamuk, 15, keluar dan tidak pulang ke rumah sejak 25 Jun lalu.
"Sebelum ini, Aslina duduk bersama datuknya di Tanah Merah, Kelantan. Sejak sebulan lalu, Aslina telah datang ke sini untuk menziarahi saya dan kakaknya, Norhayati yang menetap di sini," katanya di sini semalam.
Menurut Miss Che, pada malam 24 Jun lalu, Aslina bersama kakaknya sempat meluangkan masa berbual bersama ahli keluarga dan gadis itu tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap.
"Namun pada keesokan hari, Norhayati mendapati adiknya sudah meninggalkan rumah tanpa meninggalkan sebarang pesan.
"Sebaik sahaja pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah pada pukul 2 petang, saya terkejut apabila diberitahu mengenai kehilangan Aslina," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan gadis berkenaan.
Katanya, usaha mengesan Aslina giat dijalankan dan polis meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai gadis berkenaan segera menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Azmi Mohamad di talian 09-3122222.

jangan tinggal duit dalam kereta

ARKIB : 01/07/2012

Pencuri larikan RM20,000

INSHAH Ab. Rahman menunjukkan cermin keretanya yang dipecahkan oleh pencuri sehingga menyebabkan beg berisi wang dan barang kemas dilarikan di Jalan Kuantan-Pekan dekat Peramu, kelmarin.
KUANTAN 30 Jun - Seorang wanita kerugian kira-kira RM20,000 selepas beg tangan yang berisi barang kemas, wang tunai dan beberapa dokumen penting yang ditinggalkan dalam keretanya lesap selepas kenderaan itu dipecahkan oleh penjenayah.
Kejadian berlaku di Jalan Kuantan-Pekan dekat Peramu, di sini kira-kira pukul 9 pagi semalam ketika Inshah Ab. Rahman, 58, dari Permatang Limau, Sungai Soi berhenti bersarapan di sebuah kedai makan berhampiran Yayasan Pahang.
Dia hanya menyedari perkara itu ketika kembali semula ke keretanya di tepi jalan beberapa meter dari kedai makan tersebut apabila mendapati tingkap kereta Hyundai Atos sebelah pemandu dipecahkan.
"Segala barang berharga dalam beg itu menjadi rezeki pencuri apabila semuanya lesap, malah saya terpaksa menanggung kos untuk menggantikan cermin tingkap kereta," katanya di sini hari ini.
Sebelum kejadian katanya, dia memandu sendirian dan ketika itu dalam perjalanan dari rumahnya untuk ke bandar Kuantan.
"Seperti biasa saya singgah di kedai ini untuk bersarapan dan meletakkan kereta di tepi jalan dengan meninggalkan beg di dalamnya.
"Selepas mengambil hidangan saya duduk di satu meja yang membelakangi jalan," katanya.
Katanya, ketika itu ada beberapa pelanggan lain turut bersarapan dan mereka juga meletakkan kereta di tepi jalan yang sama.
"Apabila kembali ke kereta, saya mendapati cermin pecah dengan kaca bertaburan di kerusi pemandu manakala beg tangan yang diletakkan atas kerusi hilang.
"Pencuri bertindak cepat sehingga semua pelanggan dalam kedai tidak menyedari perbuatan mereka sedangkan jarak kereta dengan kedai amat dekat," katanya.
Jelasnya, dia juga tidak pasti sama ada pencuri terlibat mengekorinya dari awal atau bertindak secara kebetulan selepas ternampak beg yang berada dalam kereta.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sunday, July 1, 2012

tiada tempat tinggal

Dua keluarga OKU kongsi tempat tinggal
WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Julai 2012
Dua keluarga OKU kongsi tempat tinggal
Saharuddin (kiri), Shikh (tiga, kiri), bersama peserta PLKN melihat keadaan rumah yang didiami keluarga Zulkifli (tengah) dan ahli keluarga.
KUANTAN – Dua keluarga orang kurang upaya (OKU) di Kampung Chegal Lempong, di sini, terpaksa tinggal berhimpit dalam sebuah rumah uzur dan menjalani kehidupan dalam keadaan serba kekurangan sejak dua tahun lalu.

Akibat tidak mampu memiliki rumah sendiri, Zulkifli Dagang, 40, yang tempang akibat diserang penyakit gout terpaksa menumpang di rumah keluarga abang iparnya, Nordin Deraman, 53.

Nordin berkata, walaupun rumahnya kecil, uzur dan hanya mempunyai dua bilik, dia tetap membantu Zulkifli kerana belas ihsan.

Menurutnya, kehidupan mereka hanya bergantung kepada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang tidak seberapa.

“Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) ini sudah berusia lebih 20 tahun dan kini sudah uzur.

“Saya dengan isteri dan tiga anak, manakala Zulkifli bersama isteri dan seorang anak berhimpit tinggal di rumah yang hanya mempunyai dia bilik ini.

“Saya tidak bekerja kerana masalah kesihatan dan keadaan diri yang tidak sempurna serta hanya mengharapkan menerima bantuan JKM sebanyak RM 150 sebulan untuk menyara kehidupan.

“Kalau ikutkan memang tidak mencukupi tetapi kami terpaksa berjimat cermat dan sepanjang 20 tahun tinggal di sini bekalan elektrik serta air hanya diambil melalui saluran rumah
saudara berhampiran,” katanya kepada Sinar Harian sempena program gotong-royong penduduk bersama peserta Peserta Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Cherating, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Ketua Bahagian Umno Indera Mahkota, Datuk Saharuddin Shamsuddin dan Ketua Kampung Chegal Lempong, Shikh Zahari Shikh Sulaiman.

Manakala, Zulkifli berkata, sebelum menumpang di rumah abang iparnya, keadaan hidupnya sekeluarga tidak menentu.

“Sebelum ini kehidupan kami terumbang-ambing dan sering berpindah-randah sehingga Nordin membenarkan kami tinggal bersamanya.

“Saya sudah lama menghidap penyakit gout dan selepas berumah tangga keadaan menjadi lebih teruk sehingga tidak boleh bekerja serta kehidupan kami hanya bergantung kepada bantuan JKM sebanyak RM90 sebulan.

“Saya amat berharap untuk memiliki rumah sendiri dan bersyukur sekiranya bantuan JKM dapat dinaikkan,” katanya.

Sementara itu, Shikh Zahari berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT untuk Zulkifli.

“Kita tidak pinggirkan keluarga ini dan kelulusan rumah PPRT untuk Zulkifli kini dalam proses, manakala kehadiran pelatih PLKN ini adalah untuk membantu menjalankan kerja baik-pulih rumah Nordin,” katanya.

Saharuddin berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian kepada golongan memerlukan dan aktiviti amal ini memberi manfaat untuk semua pihak.

mahu tempat riadah

Belia tiada tempat riadah
WARTAWAN SINAR HARIAN
1 Julai 2012
Belia tiada tempat riadah
Hasrul Nizam (kiri) dan Mohd Ikram menunjukkan keadaan padang yang rosak teruk dan dipenuhi semak samun yang tidak lagi boleh digunakan belia untuk beriadah.
JERANTUT – Persatuan Belia Warisan Mat Kilau minta pihak berkenaan tampil membaik pulih kemudahan padang awam berdekatan Pejabat Penghulu Pulau Tawar, dekat sini bagi membolehkan pelbagai aktiviti sukan dapat dijayakan.

Pengerusinya, Hasrul Nizam Zulkifli berkata, kemudahan padang awam, gelanggang bola tampar dan gelanggang takraw antara yang rosak teruk dan langsung tidak boleh
diguna pakai sehingga kini.

Menurutnya, bagi setiap aktiviti sukan dan sesi riadah petang yang mahu dilakukan belia dan remaja di kampung tradisi berkenaan, mereka terpaksa menumpang padang sekolah rendah berdekatan.

“Sudah lebih lima tahun kemudahan itu rosak dan terbiar menyebabkan kami tiada tempat yang sesuai untuk bersukan. Menumpang padang sekolah juga mengundang kesulitan kerana secara tidak langsung, aktiviti riadah petang belia di sini dikhuatiri akan mengganggu aktiviti sekolah.

“Kami amat mengharapkan kepimpinan setempat agar tampil membantu menyelesaikan masalah ini berikutan kemudahan padang ini amat diperlukan,” katanya.

Sementara itu, rakannya, Mohd Ikram Rosli pula berkata, persatuan belia di sini tidak mengetahui status sebenar mengapa kemudahan padang dan gelanggang dibiarkan rosak tanpa dibaik pulih.

Menurutnya, padang sedia ada berlopak selain tidak rata dan terlalu semak sekali gus tidak selamat untuk digunakan ekoran berisiko mengundang kecederaan dan menjadi ‘sarang’
haiwan berbisa.

“Menurutnya, persatuan belia turut mengajukan masalah itu kepada kepimpinan peringkat kampung namun seperti tiada maklum balas ekoran keadaan padang tetap rosak tanpa dibaik pulih.

“Kami amat berharap agar kemudahan awam ini dibaik pulih bagi membolehkan masa lapang belia dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah,” katanya.