Monday, May 7, 2012

pembangkang penipu

Janji pembangkang hanya penipuan - Adnan

ROMPIN 7 Mei - Rakyat diingatkan tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkang termasuk cadangan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi memberikan pendidikan tinggi percuma kerana ia hanyalah pembohongan belaka.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada masa ini pembangkang akan menggunakan pelbagai strategi untuk membolehkan mereka berjaya menawan Putrajaya termasuk melakukan pembohongan.
"Tidak payah hendak dengar cakap-cakap pembangkang ini. Semua pembohongan belaka. Kalau dulu mereka hendak gadai Putrajaya tetapi sekarang mereka hendak ke sana pula," katanya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Rompin di sini semalam.
Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.
Tambah Adnan, sebelum ini pembangkang pernah memberi janji untuk menghapuskan hutang PTPTN sebanyak RM44 bilion yang sudah pasti tidak akan dapat dilaksanakannya kerana ia melibatkan satu jumlah yang cukup besar.
"Ini bukan cerita zaman saya belajar dulu, tak ramai masuk universiti. Sekarang mana boleh hendak hapuskan semua hutang tersebut. Kalau semua hendak percuma kerajaan pun boleh jadi bankrap," katanya.
Sementara itu, katanya, pelbagai bantuan telah disalurkan oleh kerajaan untuk membantu semua masyarakat tidak kira luar atau dalam bandar.
"Saya tidak nampak kerajaan lain boleh buat seperti kerajaan Barisan Nasional (BN). Kerajaan yang diterajui oleh Datuk Seri Najib amat peka dengan kehendak orang kampung.
"Oleh itu marilah kita membantu Perdana Menteri untuk kekalkan negara ini di bawah terajui BN," katanya.

No comments:

Post a Comment