Saturday, May 5, 2012

litar lori

ARKIB : 04/05/2012

Pantau segera kenderaan berat di jalan pintasan Kuantan-Gebeng

SEBUAH lori simen dipercayai dipandu laju memotong sebuah treler di Jalan Pintasan Kuantan-Gebeng, Kuantan, baru-baru ini.
Saudara Pengarang,
SAYA merupakan salah seorang pengguna jalan pintasan Kuantan-Gambang yang sering berulang alik dari Indera Mahkota menuju ke tempat kerja di Kawasan Perindustrian Gebeng.
Apa yang saya perhatikan jalan tersebut sering menjadi medan perlumbaan kenderaan berat khususnya lori simen, treler dan lori kecil yang menuju ke Gebeng dan sebaliknya.
Sepanjang melalui jalan tersebut, saya perhatikan kebanyakan lori terbabit tidak mengendahkan pengguna jalan raya lain terutama pada waktu puncak sama ada awal pagi dan lewat petang.
Kadang kala mereka seolah-olah ingin menunjukkan taring bahawa jalan tersebut hanya milik kenderaan berat tanpa memikirkan keselamatan pengguna lain.
Tidak dinafikan pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik sering mengadakan pemantauan di situ tetapi kalangan pemandu bijak menilai jika terdapat sekatan jalan raya di tempat-tempat tertentu.
Baru-baru ini, seorang rakan saya merungut mengenai segelintir lori yang membawa muatan berlebihan seperti batu-batu kecil sering jatuh ke jalan raya sehingga terkena cermin kereta.
Akibatnya, jika dibiarkan ia boleh mengundang kecelakaan sekali gus mengancam keselamatan pengguna di jalan terbabit.
Justeru, saya berharap pihak berkuasa memantau lori-lori berkenaan dan mengikut kelajuan yang ditetapkan. Bukan salah jalan raya mengakibatkan kemalangan tetapi kecuaian pemandu terutama kenderaan berat yang mementingkan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment