Saturday, June 30, 2012

sukma

ARKIB : 29/06/2012

Peniaga jangan ambil kesempatan

Kehangatan Sukan Malaysia (Sukma) 2012 mula dirasai apabila papan tanda menyambut kedatangan atlet dari seluruh negara dipasang di Jalan Kuantan-Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Saudara Pengarang,
Menjelang kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2012 yang bakal bermula pada 7 Julai ini, saya sebagai anak jati negeri Pahang berbangga apabila temasya sukan yang dianggap terbesar negara akan berlangsung di negeri ini.
Namun, sebagai anak tempatan saya ingin menyeru kepada peniaga khususnya pengusaha makanan agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga dan caj perkhidmatan sewenang-wenangnya kepada orang ramai, khususnya pelawat yang mengunjungi negeri ini.
Saya percaya, ada segelintir peniaga melakukan sedemikian demi meraih keuntungan berlipat ganda sehinggakan mereka sanggup mengenepikan mutu dan kualiti produk yang dihasilkan.
Sepatutnya, mereka perlu mempamerkan identiti serta imej terbaik kepada pengunjung dari luar bagi membuktikan bahawa negeri Pahang sentiasa menghasilkan produk yang berkualiti dengan menawarkan harga berpatutan.
Perlu diingat bahawa kita selaku tuan rumah perlu mengekalkan identiti negeri ini yang sememangnya kaya dengan produk pelancongan menarik dan tidak mahu kerana hal sedemikian akan menimbulkan persepsi negatif kepada pelanggan.
Sebaliknya, peniaga harus berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri yang membuka peluang kepada usahawan tempatan memperkenalkan produk mereka kepada pengunjung luar dengan menyediakan tapak perniagaan di lokasi sepanjang Sukma berlangsung.
Dengan kadar sewa rendah, tidak wajar sekiranya peniaga masih ingin menaikkan harga produk mereka, sedangkan pihak kerajaan banyak membantu dalam usaha meningkatkan pendapatan golongan berkenaan.
Selain itu, dengan adanya Ops Sukma yang dilancarkan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang baru-baru ini, saya percaya ia dapat membendung peniaga yang tidak beretika, selain memastikan kepentingan pengguna terpelihara.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Fong Koong Fuee baru-baru ini, operasi itu bertujuan mengawal harga barangan dan membuat pemantauan sepanjang kejohanan Sukma, termasuk di peringkat runcit dan borong.
Oleh demikian, saya berharap pihak bertanggungjawab dapat menjalankan pemantauan setiap masa serta jangan ada kompromi terhadap mana-mana peniaga yang tidak beretika dan melanggar peraturan tanpa alasan yang munasabah.
Kepada semua pengusaha perniagaan, saya berharap mereka dapat manfaatkan peluang yang diberikan sebaik mungkin serta dapat menjaga nama baik negeri Pahang sepanjang acara berlangsung, selain mematuhi setiap peraturan.
ABANG ZAFRI,
Kuantan, Pahang

kamus al quran

ARKIB : 28/06/2012

Tengku Abdullah lancar kamus al-Quran

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah (kanan) mendengar penerangan daripada Omar Abu Bakar ketika melihat kamus al-Quran versi digital pada majlis pelancaran kamus itu di Kuantan, baru-baru ini.
KUANTAN 27 Jun - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melancarkan kamus al-Quran karya bekas Ketua Pendakwa Syarie negeri, Omar Abu Bakar di sebuah hotel di sini baru-baru ini.
Kamus yang mempunyai enam jilid keseluruhannya itu terdapat dalam versi bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
Tengku Abdullah bertitah, karya itu mampu memartabatkan al-Quran dan memberi pengetahuan yang berguna kepada golongan muda dalam memahami kitab suci itu.
"Karya ini merupakan satu kebanggaan kepada negeri Pahang dan ia perlu diteruskan pada masa akan datang," titah baginda pada majlis tersebut.
Turut berangkat, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.
Titah baginda, kitab itu mampu menambah perbendaharaan rujukan agama di negeri ini dan di alam pengajian yang akan menyumbang kepada pengembangan ilmu dalam masyarakat.
"Pada masa ini masyarakat kita memerlukan golongan muda yang pakar untuk menjadi pelapis kepada ulama-ulama lalu dan sekarang.
"Mereka ini diharap berupaya menyebarkan ilmu serta menterjemah, mengarang dan mengeluarkan kitab-kitab agama yang bermutu tinggi," titah Tengku Abdullah.

jom bertomoi

RKIB : 28/06/2012

Silat, tomoi aktiviti riadah

ORANG ramai menyaksikan pembukaan gelanggang silat dan tomoi di Felda Lepar Hilir 3, Gambang bara-baru ini. Turut menyaksikan Mohd. Shohaimi Jusoh (duduk, kanan).
KUANTAN 27 Jun - Silat Melayu dan tomoi merupakan antara seni mempertahankan diri yang menggunakan kepantasan anggota badan seperti tangan, siku, kaki serta lutut dalam mencari sasaran untuk menjatuhkan lawan.
Seni silat atau pencak silat merupakan salah satu seni mempertahankan diri kaum Melayu dan nusantara sejak sekian lama.
Ia bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada masyarakat di kepulauan Melayu tetapi telah dipelajari oleh banyak negara seperti di benua Eropah yang mengagumi seni tersebut.
Begitu juga dengan seni mempertahankan diri tomoi atau muay Thai yang berasal dari Thailand.
Setelah hampir suku abad berkubur, sukan itu kembali menerima suntikan semangat lewat 90-an dan mula mendapat tempat di hati masyarakat apabila gelanggang dan pusat latihan tomoi tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di seluruh negara.
Menyedari hakikat pentingnya dua jenis seni mempertahankan diri itu, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Cawangan Felda Lepar Hilir 3 di sini mengadakan majlis pembukaan gelanggang silat dan tomoi di tanah rancangan tersebut baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Lepar Hilir 3, Md. Saad Cha berkata, kedua-dua seni mempertahankan diri itu merupakan aktiviti riadah terbaik untuk para belia.
"Ia sebagai titik permulaaan kepada belia di sini untuk terus aktif mengikut minat dan kesukaan mereka khasnya terhadap ilmu mempertahankan diri.
"Dalam pada itu, ia juga memberi kesedaran kepada para belia mengenai betapa pentingnya mewujudkan generasi belia yang sihat fizikal serta mental," katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sini baru-baru ini.
Hadir sama pada majlis pembukaan gelanggang silat dan tomoi itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Mohd. Shohaimi Jusoh dan Ketua UMNO Cawangan Felda Lepar Hilir 3B, Mohd. Azmi Awang.
Pada majlis itu, persembahan silat dan tomoi yang melibatkan para belia serta golongan veteran dari tanah rancangan berkenaan turut dipertontonkan.

perihatin pada toyota altis

ARKIB : 30/06/2012

Pemimpin Kelab Penyokong Pas kerugian RM30,000

N. BALASUBRAMANIAM menunjukkan keadaan bilik yang digeledah oleh penyamun di Taman Bukit Pedah, Jerantut, baru-baru ini.
JERANTUT 29 Jun - Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, N. Balasubramaniam kerugian hampir RM30,000 selepas rumahnya di Taman Bukit Pedah, di sini dipecah masuk penyamun kelmarin.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu berlaku ketika Balasubramaniam baru meninggalkan rumahnya untuk berurusan di bandar Jerantut, manakala isterinya, N. Letchmy, 54, ketika itu sedang bekerja.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata, ketika kejadian, anaknya, N. Koshini, 25, berseorangan di dalam rumah tersebut.
"Mangsa diacukan parang sehingga mengalami cedera ringan dan terpaksa menerima beberapa jahitan di tangannya di Hospital Jerantut.
"Penjenayah itu sempat melarikan dua unit komputer riba, dua unit telefon bimbit, wang tunai, barangan kemas dan pelbagai koleksi wangian berjenama," katanya di sini semalam.
Menurutnya, suspek yang memecah masuk kediaman mangsa dipercayai terdiri daripada empat lelaki dan menaiki kenderaan jenis Toyota Altis berwarna putih.
"Polis sedang giat memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Menurut beliau, kes itu disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata.

chef pahang

ARKIB : 29/06/2012

SMK Seri Bahagia juara Chef Remaja Pahang

Peserta SMK Seri Bahagia, Temerloh yang menjuarai Chef Remaja Pertandingan Memasak 2012 peringkat negeri di Maran, kelmarin.
MARAN 28 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bahagia, Temerloh muncul juara Chef Remaja Pertandingan Memasak 2012 peringkat negeri di SMK Desa Jaya dekat sini semalam.
Pada pertandingan itu, SMK Seri Bahagia berjaya mengetepikan 10 sekolah menengah lain yang mewakili daerah masing-masing di negeri ini.
Dengan kemenangan tersebut, SMK Seri Bahagia akan mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan yang bakal diadakan di Selangor, Oktober depan.
Selaku johan, sekolah tersebut membawa pulang wang RM1,000, pingat, hamper produk Maggi dan dapur masak mudah alih manakala naib johan iaitu SMK Perwira Jaya, Rompin menerima wang RM500, pingat, hamper produk Maggi dan dapur masak mudah alih.
Tempat ketiga pula diraih SMK Pandan, Kuantan yang membawa pulang wang RM300, pingat, hamper berasaskan produk Maggi selain dapur masak mudah alih.
Pada pertandingan akhir itu, pasukan naib juara, SMK Perwira Jaya, Rompin turut diumumkan pemenang kategori Maggi Kreatif.
Ketua Unit, Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri, Ramli Yahya berkata, kerjaya sebagai chef kini semakin diminati golongan remaja berdasarkan tinjauan rambang di sekolah.
‘‘Ini satu perkembangan baik kerana chef sememangnya mempunyai prospek kerjaya yang bagus berikutan permintaan tinggi dari hotel, restoran mahupun kedai makan menyaksikan tukang masak mahir jadi rebutan.
‘‘Sebab itu, pertandingan Chef Remaja anjuran Kementerian Pelajaran ini mendapat sambutan pelajar yang berhasrat menjadikan bidang masakan sebagai satu kerjaya," katanya.
Menurut Ramli, pertandingan itu juga dapat menimbulkan kesedaran terhadap masakan berkhasiat dan kepentingan pemakanan seimbang.

Friday, June 29, 2012

tipu mahu bantu

Warga emas terpedaya serah wang tunai, subang emas
Wartawan Sinar Harian
29 Jun 2012
Warga emas terpedaya serah wang tunai, subang emas
Yang Minah nyaris kehilangan wang tunai RM300 dan sepasang subang selepas menyerahkan kepada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘orang pejabat’.
BANDAR MARAN - Bermodalkan kata-kata manis dan tawaran bantuan RM15,000, seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘orang pejabat’ berjaya memperdaya seorang warga emas dengan meminta mangsa menyerahkan   wang tunai RM300 dan sepasang subang emas.

Namun, wanita berusia 42 tahun yang kemas berpakaian baju kurung itu berputih mata apabila diberkas sepasukan anggota polis kira-kira 10 minit selepas dia memulangkan kembali wang tunai dan subang milik mangsa.

Mangsa, Yang Minah Osman, 72, berkata, dia yang tinggal sendirian di Kampung Senggora, dekat sini, didatangi wanita itu pada jam 11 pagi dan memperkenalkan diri sebagai ‘orang pejabat’ sebelum bertanyakan mengenai wang  Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menurutnya, wanita itu kemudiannya memaklumkan bahawa penerima BR1M akan menerima bantuan lanjutan daripada kerajaan sebanyak RM15,000. “Tapi dia beritahu mak cik perlu buka buku akaun bank kerana wang bantuan itu  kan dimasukkan terus ke akaun terbabit.

“Dia tawarkan diri untuk tolong buka akaun baru itu dan minta RM300 sebagai wang pendahuluan. Kemudian dia tanyakan pula mengenai barang kemas dan mak cik beritahu, mak cik cuma ada subang sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.


Mangsa dakwa dipukau

YANG MINAH berkata, dia tidak mengesyaki apa-apa kerana sebelum kedatangan wanita itu, pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumahnya bagi menyerahkan surat bantuan warga emas yang diterima setiap bulan.

Katanya, tanpa membantah dan mendakwa seperti dipukau, dia menyerahkan wang tunai RM300 dan sepasang subang di telinga kepada wanita terbabit yang selepas itu meminta diri dengan alasan mahu segera masuk pejabat.

“Dia beritahu akan datang semula jam 6 petang selepas menyelesaikan urusan membuka buku akaun baru. “Wanita itu menghilangkan diri dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna merah dipandu seorang lelaki yang hanya  menunggu di luar rumah,” katanya.

Yang Minah berkata, selepas mengiringi wanita itu, dia ke kedai runcit berdekatan milik anak saudaranya lalu menceritakan khabar berita mengenai bantuan RM15,000 tersebut.

Menurutnya, anak saudaranya terkejut dengan perkara itu dan memberitahu dia sebenarnya menjadi mangsa pukau. “Mak cik pulang ke rumah dalam keadaan keliru dan tidak lama kemudian, wanita berkenaan datang semula untuk  menyerahkan kembali wang RM300 dan subang kepada mak cik.

“Dia beri alasan pembukaan buku akaun baru tidak boleh dilakukan jika pemilik akaun tiada bersama,” katanya.


Pengamal perubatan tawar bantuan

ANAK mangsa, Halias Abdul Aziz, 48, berkata, kejadian yang menimpa ibunya itu diketahui selepas dihubungi anak saudaranya ketika dia sedang berjumpa seorang pengamal perubatan Islam untuk bertanyakan rawatan berhubung masalah dihadapi isterinya.

Menurutnya, pengamal perubatan Islam itu menawarkan diri untuk membantu selepas terdengar tanpa sengaja perbualan telefon bersama anak saudaranya.

“Dia minta saya dapatkan air masjid (kolah) bagi tujuan perubatan dan menjejaki orang yang melakukan pukau terhadap ibu saya. “Kemudian, kami ke rumah ibu saya dan dimaklumkan wanita yang memukau ibu saya baharu sahaja beredar selepas menyerahkan kembali wang tunai dan subang yang diambil.

Saya bergegas ke jalan utama dan berjaya memintas kenderaan dinaiki wanita berkenaan di simpang masuk Lubuk Paku,” katanya. Halias berkata, bagi melengahkan masa sementara menunggu ketibaan anggota polis, dia  berbual-bual dengan wanita terbabit dengan meyakinkan bahawa ada rakan berminat untuk melakukan urusan perniagaan.

Dua suspek direman tiga hari SEMENTARA itu, Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shabudin berkata, pihaknya berjaya memberkas dua suspek berhubung kejadian itu selepas menerima maklumat  daripada anak mangsa. Menurutnya, kedua-dua suspek anak-beranak berusia 42 dan 26 tahun itu ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu,” katanya.

didlanda ribut

32 rumah Orang Asli di bera rosak dilanda ribut

29 Jun 2012

BERA - Sebanyak 32 buah rumah penduduk Orang Asli di tiga perkampungan di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Bera DSP Zahid Mohd Noor berkata 14 buah daripada rumah itu rosak teruk dihempap pokok serta dahan manakala rumah lain bumbungnya diterbangkan angin kencang.

Katanya kejadian yang berlaku selama 40 minit bermula pada pukul 10.30 malam itu membabitkan penduduk Kampung Putat, Kampung Gua dan Kampung Bapak yang membabitkan 32 keluarga terdiri daripada 78 orang.

Zahid bagaimanapun berkata tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Beliau berkata selain kerosakan rumah, penduduk kampung juga mengalami kerugian lain apabila 500 hingga 700 pokok getah tumbang dilanda ribut kencang itu.

Menurutnya jumlah kerugian belum dapat ditaksirkan kerana Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kemajuan Orang Asli masih menjalankan siasatan.

Katanya sebahagian daripada mangsa masih menumpang di rumah jiran sementara menanti kerja-kerja pembaikan dilakukan.

Dalam perkembangan sama, Tozir Hussien iaitu Pegawai Khas kepada Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyampaikan bantuan berupa makanan, pakaian dan wang kepada mangsa terbabit semalam. - Bernama

Thursday, June 28, 2012

penyamun naik toyota altis

Suami isteri disamun RM30,000 oleh tiga lelaki

28 Jun 2012

KUANTAN - Sepasang suami isteri kerugian kira-kira RM30,000 selepas disamun tiga lelaki bersenjatakan parang di rumah mereka di Taman Bahagia Baru, Temerloh dalam kejadian 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Md Nor Mansor berkata ketika kejadian, isteri yang berusia 57 tahun itu berada di tingkat bawah rumah manakala suaminya, 58, sedang mandi di tingkat atas.

Katanya mangsa tiba-tiba didatangi tiga lelaki bersenjatakan parang yang meluru masuk ke dalam rumah dan bertindak mengacukan parang ke leher mangsa.

"Suami mangsa yang turun ke bawah apabila terdengar bunyi bising turut diacukan parang di lehernya sebelum penyamun itu menggeledah rumah mereka," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Md Nor berkata suspek kemudiannya melarikan diri bersama barang kemas dan
wang tunai RM2,300 yang keseluruhannya berjumlah RM30,000. Beliau berkata suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Altis berwarna putih.

Polis kini, katanya giat memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta melaporkan di balai polis berhampiran. - Bernama

kena panjat lagi

Kedai kena pecah masuk lagi
Wartawan Sinar Harian
27 Jun 2012
Kedai kena pecah masuk lagi
Penyamun dipercayai masuk ke dalam kedai ini melalui bahagian siling.
MARAN - Sebuah kedai makanan ringan di Bangunan Gerai Buah Majlis Daerah Maran dekat Kampung Bintang, di sini, sekali lagi dipecah masuk awal pagi semalam selepas kejadian sama, dua minggu lalu.

Jika sebelum ini penyamun memecah masuk melalui jeriji besi di belakang kedai, namun kali ini penyamun bertindak memecahkan siling di hadapan dan bahagian dalam kedai untuk menyelinap
masuk.

Pemilik kedai, Zarina Mohamad, 38, berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki sesuatu ketika hendak memulakan operasi perniagaan kira kira jam 6.15 pagi.

Bagaimanapun dia terkejut apabila mendapati bekas duit syiling berada di atas meja pembayaran, sementara laci simpanan wang terbuka.

“Beberapa kepingan siling yang pecah turut bertaburan. Saya segera memeriksa keadaan kedai dan mendapati hanya beberapa jenis makanan ringan dan produk penjagaan diri hilang dipercayai dicuri,” katanya kepada Sinar Harian.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran.

Zarina berkata, siling di bahagian belakang kedainya dipecahkan, dipercayai penyamun cuba masuk melalui laluan itu.

Bagaimanapun katanya, ruang sempit menyebabkan penyamun gagal berbuat demikian sebelum memecahkan siling di bahagian pintu hadapan kedai untuk masuk.

“Sejak kejadian kali pertama kedai saya dipecah masuk awal April lalu, saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak menyimpan wang tunai dan produk berharga dalam kedai termasuk
karton rokok,” katanya.

pokok di triang

Dua pokok perlu ditebang
Wartawan Sinar Harian
27 Jun 2012
Dua pokok perlu ditebang
Singh (kiri), Ah Peng dan Lui Sang menunjukkan pokok besar yang didakwa mengancam nyawa penduduk dan orang ramai.
TRIANG – Penduduk sekitar Taman Orkid dekat sini, minta pihak berkenaan menebang dua pokok yang sudah menjangkau usia lebih 100 tahun ekoran pokok besar itu berisiko menghempap rumah penduduk.

Seorang penduduk, Ah Peng, 65, berkata, kira-kira 10 tahun lepas, dahan pokok tersebut pernah menghempap bahagian depan dan bilik tidur rumahnya.

Menurutnya, kejadian itu bukan disebabkan dahan pokok sudah mati tetapi terlalu berat dek pokok yang subur.

“Nasib baik masa kejadian itu, saya dan keluarga tiada di rumah. Kalau tidak, sudah lama saya mati. Bukan rumah saya sahaja kena hempap, rumah jiran di hadapan juga nyaris dihempap
dahan itu. Kini, jiran saya bimbang kalau perkara sama berlaku kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Lui Sang, 71, berkata, penduduk di sini sudah terlalu kerap meminta bantuan pihak berkenaan untuk menebang pokok itu tetapi aduan kami tidak dipedulikan.

Katanya, masalah yang sama juga disalurkan kepada wakil pemimpin namun pihak terbabit sekadar menabur janji manis yang diberikan sejak dua kali pilihan raya umum (PRU) diadakan.

“Kalau tidak mahu tebang sekalipun, cantaslah dahan-dahan yang mengganggu wayar elektrik di sini demi keselamatan orang ramai.

“Orang yang lalu lalang di sini juga berasa risau sekiranya dahan itu menghempap mereka,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Singh, 46, berkata, tindakan pihak berkenaan yang mengabaikan permintaan penduduk adalah tidak wajar.

Menurutnya, kedua-dua pokok itu mesti ditebang kerana ia terlalu dekat dengan landasan kereta api dan rumah kedai di sini.

“Kami berharap ada pihak tampil menyelesaikan masalah ini supaya keselamatan penduduk dan orang ramai terjamin,” katanya kepada Sinar Harian.

Monday, June 25, 2012

lemas di sungai pahang

Mayat seorang lagi murid tahun tiga baru ditemui

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

JERANTUT: Mayat dua orang murid Tahun Tiga yang dilaporkan lemas ketika mencari ikan bersama rakan-rakannya di Sungai Pahang berdekatan Kampung Jerangsang di sini semalam ditemui hari ini.

Kedua-dua mangsa ditemui pada pagi dan petang ini selepas dilaporkan lemas tengah hari semalam.

Mayat Muhammad Firas Samsudin, 9, ditemui anggota penyelamat pada 9.45 pagi, kira-kira kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian sementara mayat rakannya Mohd Aiman Abdullah, 9, ditemui 5 petang ini di dasar sungai di tempat mangsa dilaporkan hilang.

Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail, dalam kejadian itu, enam rakan yang sama usia itu dikatakan pergi ke sungai untuk mencari ikan.


"Empat daripada mereka turun ke dalam sungai manakala dua lagi berada di atas tebing. Dua daripada mereka kemudiannya dilaporkan lemas dan dibawa arus sungai," katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Sementara itu Ketua Kampung Bukit Genting, Mohd Suhaimi Jaafaar berkata semua kanak-kanak terbabit berasal dari kampung tersebut yang terletak kira-kira satu kilometer dari sungai berkenaan.

"Semasa kejadian terdapat sebanyak 20 buah bot penduduk tempatan yang sedang menjaring ikan di kawasan berkenaan. Sejurus mendengar jeritan dan mendapat tahu kanak-kanak berkenaan dihanyutkan arus, mereka terus berhenti menjaring ikan dan segera mencari mangsa," katanya.

Beliau berkata polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu tiba di tempat kejadian setengah jam kemudian dan segera melaksanakan operasi mencari dan menyelamat yang disertai tujuh pegawai, 10 orang anggota dengan dibantu oleh 12 anggota Jabatan Pertahanan Awam serta penduduk kampung.

Mohd Suhaimi berkata menurut rakan kanak-kanak terbabit, mereka menjaring ikan di sungai berkenaan.

"Kedua-dua mangsa dikatakan terjerlus ke kawasan dalam sebelum dihanyutkan air deras," katanya. - Bernama

Sunday, June 24, 2012

kemalangan

Kemalangan: Bayi antara tiga maut
AZIZAH SHAFIEI
25 Jun 2012
Kemalangan: Bayi antara tiga maut
Keadaan kenderaan jenis Perodua Myvi dinaiki tiga sekeluarga remuk dan terbakar setelah terbabit dalam kemalangan itu.
BERA - Seorang bayi berusia lapan bulan bersama ibu bapanya maut dalam satu kemalangan apabila kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta jenis Honda Accord dari arah bertentangan. Mangsa, Mohd Solehuddin Jaabar Ismail, 28,    Nor Ashikin Ismail, 28 dan bayi itu, Ahmad Habibi yang berasal dari Felda Sebertak dikatakan dalam perjalanan pulang ke Bahau setelah menghadiri majlis perkahwinan sahabat mereka.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, kemalangan itu berlaku kirakira jam 5.20 petang kelmarin di Kilometer 14, Jalan Temerloh–Bahau dekat sempadan Bera–Temerloh.

Menurutnya, kereta Honda Accord itu dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan hingga terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh kenderaan mangsa. “Rempuhan kuat itu menyebabkan pemandu Perodua Myvi (Mohd  Solehuddin Jabbar) dan anaknya mengalami kecederaan parah serta meninggal serta-merta.

“Isteri mangsa pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh berikutan me- ngalami pendarahan yang teruk,” katanya.

Mohd Solehuddin merupakan pegawai perangkaan di Jabatan Perangkaan Kuantan, sementara Nor Ashikin pula bekerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Papan sebagai pembantu tadbir.

Difahamkan, rempuhan kuat itu juga menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian enjin kereta mangsa, namun ia berjaya dikawal anggota bomba. Mohd Zahid berkata, kereta Honda Accord itu dipercayai memasuki laluan  bertentangan ketika cuba melepasi selekoh di jalan mempunyai garisan putih berkembar tersebut.

Katanya, pemandu Honda Accord itu, Chong Chun Yong, 33, turut mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hoshas.

“Siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan kecuaian pemandu Honda Accord yang memandu laju di kawasan selekoh sebelum hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sehingga merempuh kenderaan  mangsa.

“Saksi kejadian boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah menerusi talian 09-2502222 untuk membantu siasatan yang dijalankan di bawah Seksyen (41) (1) APJ 1987 ini,” katanya. Difahamkan, semua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Sebertak, tengah malam kelmarin.

Saturday, June 23, 2012

agensi pekerja asing

Semak sebelum terkena
NOOR AZIANTY NORMAN
23 Jun 2012
Semak sebelum terkena
Sayed (dua, kiri) menunjukkan borang permohonan pembantu rumah asing kepada Teck Loon (tiga, kanan) sambil diperhatikan Hong Seong (dua, kanan).
KUANTAN – Hanya sembilan agensi pembantu rumah didaftarkan secara sah di Jabatan Imigresen negeri ini.

Sembilan agensi tersebut adalah Supermaid Employment Sdn Bhd, Detik Jasa Sdn Bhd, Megawi Sdn Bhd, KAC Evergreen Sdn Bhd, Cekap Maju Sdn Bhd, 66 Sdn Bhd, Princeton Sdn Bhd, Seasons Sdn Bhd dan Narmada Sdn Bhd.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Ketua Bahagian Pekerja Asing, Sayed Abdul Rahman Sayed Mahmud berkata, majikan yang mahu mendapatkan khidmat pembantu rumah diminta menyemak senarai agensi berdaftar untuk mengelakkan kes penipuan.

“Jangan sesekali mengambil pembantu rumah daripada agensi tidak sah kerana jika berlaku sesuatu, sukar
untuk kita mengambil tindakan,” katanya di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Teruntum, semalam.

Beliau berkata, melalui agensi berdaftar, majikan boleh mendapatkan pembantu rumah yang sihat dan mampu melakukan kerja rumah dengan baik.

“Mereka perlu menjalani kursus di negara mereka terlebih dahulu sebelum layak bekerja di sini. “Selain itu, bakal pembantu rumah juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan bagi memastikan mereka benar-benar sihat untuk melaksanakan kerja harian di rumah majikan. Ini merupakan antara syarat-syarat perlu dipatuhi agensi sebelum membawa masuk pembantu rumah,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, terdapat tujuh negara sumber menyediakan khidmat pembantu rumah iaitu Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Kemboja, India, Laos, Nepal dan Myanmar.

Bagaimanapun, pengambilan pembantu rumah dari Kemboja kini dibekukan buat sementara waktu.

Semalam, seorang kontraktor, Datuk Fong Teck Loon, 61, tampil membuat aduan di pusat khidmat tersebut berikutan dua pembantu rumahnya lari awal Februari lalu.

Katanya, sebelum ini dia terpaksa membayar sejumlah besar wang kepada agensi terbabit, namun kecewa pembantu rumah warga Indonesia itu lari.

“Saya harap perkara ini dapat menjadi pengajaran pada semua supaya mereka lebih berhati-hati jika ingin mengambil pembantu rumah,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum, Chang Hong Seong turut menasihati orang ramai supaya mengikut garis panduan ditetapkan untuk mengelakkan sebarang kerumitan.

“Kalau boleh berhenti dahulu ambil pembantu rumah Indonesia berikutan banyak kes membabitkan warganegara itu. Jika mereka benar-benar perlukan khidmat pembantu rumah, cuba dapatkan dari negara lain,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Ketua Unit Pembantu Rumah, Siti Zaleha Ismail

lemas di teladas

Pelajar lemas ketika mandi di Air Terjun Teladas

23 Jun 2012

MARAN - Seorang pelajar Tingkatan Dua di sebuah sekolah di sini, ditemui mati lemas di kawasan Air Terjun Teladas dekat sini, malam tadi.

Firdaus Md Kilau, 14, dipercayai lemas kira-kira pukul 6.30 petang semalam ketika sedang mandi bersama beberapa rakannya.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Ahmad Johari Shahabudin berkata mangsa dikatakan pergi ke tempat kejadian bersama rakan-rakannya untuk mandi.

"Dipercayai ketika mangsa sedang mandi dia tiba-tiba dihanyutkan air ke kawasan yang agak dalam sebelum didapati tenggelam.

"Rakan-rakan mangsa yang berada di situ cuba membantu namun gagal berikutan arus deras sebelum meminta pertolongan," katanya di sini hari ini.

Kata beliau, anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima laporan tersebut.

Katanya mayat mangsa dijumpai kira-kira 8.45 malam tadi tidak jauh dari tempat dia dilapor hilang.

"Mayat pelajar lelaki itu kemudiannya dibawa ke Hospital Maran untuk bedah siasat," katanya.-

Thursday, June 21, 2012

rampas triang

Laporan Khas: BN berusaha rampas Triang
Wartawan Sinar Harian
20 Jun 2012
LAPORAN KHAS PAHANG MENJELANG PRU13
LAPORAN KHAS PAHANG MENJELANG PRU13
BERA – Majoriti pengundi mahu Barisan Nasional (BN) terus kekal menerajui kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Guai dan Kemayan termasuk kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Malah, ada juga pengundi yang berharap berlakunya keajaiban di Dun Triang dengan kemenangan calon BN turut di kerusi ini.
Setiausaha Wanita Umno Bahagian Bera, Yusni Haron Shah berkata, selama lima penggal berturut-turut Dun Triang dikuasai oleh DAP dan kini sudah tiba masanya, kawasan itu ditadbir kuasa parti BN pula.
“Bukan sahaja BN yang sedang berusaha memasang strategi untuk merampas Triang tetapi juga pengundipengundi tidak sabar menunggu perubahan yang bakal dibawa BN ke Triang.
“Walaupun Triang maju tetapi itu adalah pembangunan yang dibawa oleh pelabur dengan keuntungan kepada pelabur dan peniaga sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
Yusni berkata, tidak kira siapa yang bakal menjadi lawan calon BN di kerusi itu kelak, jentera BN sudah bersedia untuk bertempur. Katanya, walaupun ada khabar angin mengatakan Adun Triang, Leong Ngah Ngah sedia berundur namun mereka tidak boleh memandang perkara itu remeh.
Menurutnya, pengaruh kuasa DAP sangat kuat pada ketika ini tetapi Umno bersama parti komponen BN yang lain akan saling bekerjasama bagi memastikan ia menjadi milik BN.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Cawangan Bandar Triang, Abd Khalil Husin berkata, walaupun pengundi sedia maklum dengan personaliti Adun Triang, Leong Ngah Ngah yang berjiwa rakyat tetapi untuk masa depan rakyat, kerusi itu wajar dimiliki  BN.
“Apa yang diperhatikan, hanya apabila kerusi itu dipegang BN, kawasan itu sudah pasti akan mengalami pelbagai perubahan dan pembangunan untuk rakyat sebagaimana yang berlaku di dua kawasan DUN yang lain.
“Meskipun, beliau (Ngah Ngah) mempunyai hati berjiwa rakyat tetapi itu bukan jaminan untuk rakyat menerima pembangunan seiring dengan kawasan-kawasan di bawah kepimpinan BN,” katanya.
Abd Khalil berkata, sekiranya pengundi mahu perubahan untuk jangka masa yang panjang, BN adalah pilihan yang tepat dan ini sudah terbukti ia dilaksanakan di setiap kawasan DUN yang lain dalam Parlimen Bera ini.

bandar tun razak

ARKIB : 21/06/2012

Bandar Tun Razak milik bumiputera

Adnan Yaakob melawat gerai medan selera selepas perasmian Medan Selera (tapak ekspo) Bandar Tun Abdul Razak, Jengka, Maran, baru-baru ini. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
KUALA KRAU 20 Jun - Bandar Tun Abdul Razak Jengka di sini akan kekal menjadi milik bumiputera jika penduduk dan peniaga bersepakat serta bersatu dalam menguruskan 'kek' ekonomi yang disediakan oleh kerajaan.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, ia kerana kerajaan negeri tidak bercadang mengazetkan bandar itu sebagai bandar bumiputera terulung di negara ini.
Menurutnya, walaupun ada cadangan supaya bandar tersebut digazetkan, namun adalah lebih baik penduduk serta peniaga sendiri bersatu untuk menjadikan bandar berkenaan maju dan kekal dimiliki oleh bumiputera.
"Dalam keadaan ekonomi negara yang semakin berkembang, para peniaga bumiputera perlu komited terhadap urusan tanpa bergantung penuh kepada keistimewaan tertentu daripada kerajaan.
"Sikap positif penduduk dan peniaga dapat membantu mereka mengekalkan aset sedia ada daripada direbut pihak lain yang lebih berdaya saing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Medan Selera Bandar Tun Abdul Razak Jengka yang mengandungi 24 unit gerai bernilai RM2.7 juta, di sini baru-baru ini.
Medan selera tersebut merupakan projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dengan menggunakan peruntukan khas kerajaan Persekutuan untuk kawasan bekas pentadbiran Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ).
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said; Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Wan Salman Wan Ismail.
Bagaimanapun, Adnan menegaskan, kerajaan negeri memberi jaminan bandar itu akan terus dibantu daripada aspek pembangunan prasarana dan sebagainya.
Jelasnya, ia terbukti dengan pelbagai projek pembangunan seperti terminal bas bersepadu di Nadi Kota yang bakal merancakkan lagi kegiatan di bandar berkenaan pada masa akan datang.
"Bandar ini mempunyai prospek kemajuan sangat pesat kerana kedudukannya berhampiran dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang yang kini mempunyai bilangan pelajar kira-kira 10,000 orang.
"Di samping itu, lokasinya yang terletak di tengah-tengah Felda Wilayah Jengka dijangka dapat menambahkan lagi nilai-nilai kemajuan dan kepesatan bandar ini," katanya.

gahai

ARKIB : 21/06/2012

Agropolitan Gahai capai matlamat

Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) bersama penduduk miskin memetik nanas komersial di Projek Agropolitan di Tanjong Gahai.
CAMERON HIGHLANDS 20 Jun - Jika dilihat secara keseluruhannya, kepesatan pembangunan dan kemajuan negara dalam pelbagai bidang sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu bergerak pada landasan yang sangat baik.
Dalam kerancakan pembangunan itu juga, masyarakat minoriti termasuk rakyat di kawasan luar bandar tidak dipinggirkan sebaliknya diberi perhatian khusus menerusi perkongsian kemajuan dan pencapaian ekonomi negara.
Ia terbukti apabila pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan menjadi agenda utama dalam kerangka pembangunan kerajaan serta digerakkan secara khusus di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Perkara itu dizahirkan kerajaan negeri dengan mewujudkan Projek Agropolitan Tanjong Gahai di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai dalam kawasan Parlimen Cameron Highlands tetapi dalam daerah Lipis sejak enam tahun lalu.
Projek berkenaan dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 5 Ogos 2008 apabila menyerahkan kunci rumah kepada seramai 50 keluarga miskin di daerah Lipis.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek berkenaan antara mekanisme kerajaan negeri meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar sekali gus menjadi perintis usaha membasmi kemiskinan tegar di negeri ini.
Beliau berkata, projek bernilai RM13.05 juta itu melibatkan kawasan seluas 220 hektar meliputi perumahan, surau, dewan, pusat rekreasi, tabika, ladang nanas komersial dan premis industri kecil dan sederhana (IKS).
"Tanah seluas enam hektar dimajukan untuk tapak 50 rumah dan kemudahan asas lain yang siap sepenuhnya untuk penduduk berkenaan bagi memulakan kehidupan baru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands berkata, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) selaku agensi pelaksana memajukan seluas 200 hektar tanah untuk tanaman getah manakala 14 hektar lagi untuk tanaman nanas komersial.
Jelasnya, kerajaan juga membina lima premis perniagaan untuk penduduk menjalankan aktiviti perniagaan seperti barangan runcit, bengkel motosikal, jahitan dan makanan.
Keluarga miskin pula katanya, telah menerima saham daripada hasil pasaran komoditi getah serta berpeluang menceburi sektor IKS bagi pengeluaran makanan pada masa akan datang.
"Pembangunan agropolitan di Gahai juga merangkumi kemudahan infrastruktur termasuk bekalan air, elektrik dan jalan raya di samping tapak tanaman kontan untuk memberi keselesaan hidup penduduk miskin di sini," katanya.
Wan Rosdy menambah, projek itu akan memberi keutamaan kepada pembangunan modal insan melalui kemudahan tabika, kursus dan latihan kemahiran untuk kumpulan sasar menerusi bantuan bimbingan oleh semua agensi kerajaan.

kumpul data

UMNO Bera wujudkan pangkalan data ahli

BERA 21 Jun - UMNO Bahagian Bera mewujudkan pangkalan data profil ahli dan keluarga mereka bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan serta perkhidmatan dapat disalurkan dengan lebih efisyen.

Ketua UMNO Bahagian Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, maklumat itu penting untuk membolehkan parti itu mengetahui secara terperinci mengenai latar belakang, sikap serta segala masalah berkaitan ahli dan keluarga mereka.

Menurut beliau, melalui langkah itu pemimpin cawangan dapat mengumpul maklumat ahli dan keluarga mereka sebelum menyalurkan kepada Biro Keahlian UMNO Bahagian Bera untuk tindakan segera.

''Langkah itu untuk memastikan kebajikan ahli terjaga selain meneruskan aktiviti turun padang bagi mengatasi masalah rakyat di kawasan ini,'' katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 200 pemimpin UMNO Bahagian Bera di Dewan UMNO di sini baru-baru ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, pemimpin UMNO di peringkat cawangan diminta jangan hanya memilih kelompok ahli atau kroni dalam penyampaian dasar serta maklumat kerajaan.

Tegasnya, mereka perlu menyebarkan kepada semua rakyat supaya mengetahui bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat serius dalam membela rakyat.

Menurut beliau, pemimpin terbabit perlu mengubah persepsi supaya rakyat tidak melihat mereka sebagai kumpulan elit yang sukar untuk didekati.

''Perjuangan untuk satu kelompok sahaja patut dihindari tetapi sebaliknya perjuangan UMNO adalah perjuangan tulen yang membela rakyat tanpa mengira kaum atau bangsa," katanya.

br1m tipu

Orang Asli dakwa mangsa penipuan terima BR1M

Empat penduduk Orang Asli mendakwa dieksploitasi pihak tertentu menagih upah perkhidmatan mengisi dan menghantar borang serta kegagalan memperoleh BR1M di Kampung Sematau, Jerantut.
Saudara Pengarang,
SAYA merupakan penduduk Orang Asli yang tinggal di Sematau, berdekatan Jalan Felda Kota Gelanggi ke Felda Lepar Utara, Jerantut ingin melahirkan rasa kecewa apabila menjadi mangsa penipuan pihak tertentu ketika menguruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) baru-baru ini.
Saya terpanggil menyatakan kekesalan kerana kami Orang Asli tidak tahu membaca dan menulis telah dieksploitasi dengan pengagihan wang oleh kakitangan sebuah agensi khidmat masyarakat (bukan pejabat kerajaan) di sini ketika diminta membantu mengisi dan menghantar borang permohonan tersebut.
Oleh kerana agak asing dengan maklumat berkenaan, saya percaya perkhidmatan mengisi borang dan mendapatkan BR1M perlu mengeluarkan belanja, tetapi selepas diberitahu oleh rakan di tempat lain bahawa tiada caj dikenakan.
Untuk makluman, kami dikenakan caj RM100 bagi dua keping borang, berasaskan bantuan mengisi setiap sekeping borang oleh kakitangan pejabat terbabit.
Lebih mengejutkan, saya dan menantu juga dikenakan lagi caj tambahan RM20 dengan alasan untuk pos borang berkenaan ke Kuala Lumpur.
Kami menyangka caj itu dikenakan untuk mendapatkan borang BR1M dan perkhidmatan tertentu lalu mengeluarkan wang saku tanpa membantah.
Lebih malang lagi, selepas mengeluarkan banyak belanja untuk 'perkhidmatan' berkenaan, saya dan menantu tidak terpilih menerima bantuan tersebut berbanding dengan penduduk lain.
Menerusi Rakan Pahang, apa yang kami kesalkan iaitu keinginan kami menikmati kemudahan bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) dimanipulasi dengan penindasan apabila melihat etnik kami tidak tahu membaca dan menulis.
Sikap individu berkenaan mengeksploitasi kuasa dan kesempatan terhadap etnik di sini untuk mencari wang secara mudah amat tidak wajar.
Kerajaan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerap menguar-uarkan perkhidmatan berintegriti, khususnya membantu kebajikan penduduk dan kemiskinan Orang Asli.
Saya meminta wakil rakyat jenguklah masalah kebajikan kami kerana setiap kali pilihan raya umum, kami juga adalah insan yang menentukan pemerintah sentiasa menyokong kerajaan sehingga kini.
KELIRU MERANTI
Kampung Sematau, Jerantut

Tuesday, June 19, 2012

aim

AIM Bandar Kuantan galak wanita berniaga
Wartawan Sinar Harian
18 Jun 2012

KUANTAN - Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan bandar Kuantan menyalurkan pinjaman berjumlah RM3 juta kepada seramai 1,400 peserta pada tahun ini dengan 99 peratus kadar bayaran balik.

Penolong Pengurusnya, Tuan Haazan Tuan Yusof berkata, pinjaman diberikan kepada kebanyakan wanita terdiri daripada suri rumah untuk menjana pendapatan menerusi perniagaan.

Menurutnya, ramai peserta memilih memulakan perniagaan dalam bidang ternakan dan pertanian. “Pinjaman pertama berjumlah antara RM500 hingga RM3,000 membabitkan tempoh enam bulan hingga setahun.

“Sekiranya berjaya menunjukkan potensi dan berkembang maju, peserta boleh memohon pinjaman untuk pusingan kedua dengan jumlah RM6,000,” katanya pada Program Hari Keluarga AIM Blok Indera Mahkota, di sini, baru-baru ini. Hadir merasmikan program, Pengerusi Pembangunan Masyarakat dan Keluarga Parlimen Indera Mahkota, Datuk Mohd Hazmi Yusof.

Tuan Haazan berkata, pinjaman itu juga boleh mencecah sehingga RM25,000 sekiranya peserta berjaya mengusahakan perniagaan mereka dengan baik. “Kita memantau projek diusahakan mereka selepas seminggu atau dua minggu pinjaman diberikan.

“Ia untuk mengelak penyalahgunaan pinjaman dan setakat ini, kes itu hanya membabitkan jumlah kecil,” katanya. Menurutnya, Blok Indera Mahkota mempunyai ramai ahli dan menerima pinjaman berjumlah RM1.5 juta membabitkan seramai 130 orang.

Sementara itu, Mohd Hazmi berkata, usaha dilakukan AIM merupakan pendekatan terbaik untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan.

“Ia secara tidak langsung dapat menambah pendapatan ketua keluarga ekali gus menonjolkan bakat berniaga dalam kalangan wanita,” katanya.

Sunday, June 17, 2012

bekas isteri dapat hak juga

Bekas isteri layak dapat durian runtuh
NORFARAHAH OTHMAN
18 Jun 2012
Bekas isteri layak dapat durian runtuh
Mohd Isa (kanan) melancarkan kad alumni pelajar Kolej Yayasan Felda di
Kampus Mempaga, semalam.
BENTONG – Felda memutuskan bekas isteri peneroka layak menerima durian runtuh yang bakal diserahkan pada 7 Julai nanti.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, walaupun peratusan peneroka berkahwin lebih dari satu adalah kecil, namun Felda mengambil perhatian sewajarnya berkaitan isu tersebut.

“Pembahagian durian runtuh sebanyak RM5,000 itu hendaklah sama rata iaitu RM2,500 setiap seorang.

“Begitu juga sekiranya isteri  pertama atau kedua-duanya mempunyai anak, wang agihan durian runtuh turut membabitkan semua anak,” katanya kepada media selepas merasmikan Karnival dan Penjenamaan Kolej serta Pelancaran Alumni Yayasan Felda di Kolej Yayasan Felda Kampus Mempaga, semalam.

Mohd Isa berkata, bagi memastikan urusan penyerahan durian runtuh berjalan lancar, mereka (bekas isteri peneroka) diminta tampil ke pejabat rancangan untuk memberi maklumat.

Menurutnya, bantuan ketua peneroka juga diperlukan untuk mengesan kes seperti itu. Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Felda akan mempergiatkan aktiviti turun padang bertemu peneroka untuk menjelaskan
kekeliruan terutama berkaitan pembahagian saham.

Menurutnya, beliau yakin peneroka faham dengan jelas berhubung perkara itu dan tidak lagi terpengaruh dengan pembangkang yang nyata ketandusan isu.

Tuesday, June 12, 2012

orang asli unik

ARKIB : 12/06/2012

Keunikan suku kaum Orang Asli Pahang

KANAK-kanak anak Orang Asli Batek tinggal di kediaman yang dibina berbumbungkan daun kayu dan beralaskan tikar jerami di sebuah perkampungan di Dedari, Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.
JERANTUT 11 Jun - Sebelum memasuki bandar Jerantut, mata para pelawat akan terpandang pada sebuah papan tanda memaparkan seorang penduduk Orang Asli sedang memburu menggunakan buluh sumpitan.
Terdapat dua suku Orang Asli di daerah ini iaitu suku Jahut yang mendiami Lembah Kiol, Sungai Rengat dan Sungai Berjuang di kawasan Damak manakala suku Batek pula sinonim dengan hutan belantara, tinggal di Tembeling Tengah, Kuala Tahan serta Hulu Tembeling.
Melihat kehidupan dua suku etnik berkenaan, senario kehidupan mereka tidak ada bezanya iaitu menjadikan kawasan hutan sebagai tempat mencari rezeki seperti gaharu, rotan, ubat-ubatan herba dan kegiatan pemburuan.
Mengikut bancian Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Pahang, jumlah Orang Asli paling ramai di negeri iaitu kira-kira 64,000 orang diikuti Perak seramai 42,841 orang.
Komuniti mereka pula dibahagikan kepada beberapa suku atau etnik utama iaitu Senoi, Negrito, Jahut, Semai, Bateq, Temetong dan Melayu Proto yang mana setiap daripada suku itu mempunyai dialek tersendiri.
Pelawat perlu melalui bandar Jerantut sebelum ke Taman Negara Kuala Tahan sejauh 92 kilometer untuk melihat sosio kehidupan suku Batek di sana.
Jika memandu melalui Jalan Jerantut ke Benta, pelawat dapat singgah di kampung Orang Asli Jahut. Kehidupan mereka sudah berubah setanding kaum lain di sini.
Di Taman Negara Kuala Tahan pula etnik Orang Asli Batek antara suku minoriti yang suka berpindah-randah dengan menjalankan rutin harian memburu dan mengutip hasil hutan untuk kegunaan sendiri atau dijual kepada pelancong.
NURUL HIDAYAH Abdullah menunjukkan cara memasak nasi dan ubi kayu di dalam buluh dengan beralaskan daun pisang di sebuah penempatan Orang Asli di Jerantut.
Perpindahan suku etnik itu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan animisme seperti berlaku kematian, tanah tidak subur untuk bercucuk tanam, bencana dan kepercayaan kepada kuasa ghaib.
Oleh itu, suku Batek hanya membina kediaman berbentuk pisang sesikat berbumbungkan atap nipah dan daun, lantainya beralaskan buluh dan kayu untuk tempat berbaring bersama ahli keluarga.
Berbeza pula dengan suku Jahut, kehidupan mereka menerima tempias pembangunan apabila kerajaan membina penempatan tetap di sesebuah tempat dan melupai kehidupan hutan dan hidup berpindah-randah.
Mereka hanya tertumpu kepada sektor pertanian iaitu penanaman kelapa sawit, getah, padi huma, peniaga dan pemborong. Inilah yang mengubah kehidupan golongan itu sama seperti masyarakat Melayu.
Golongan itu juga peka terhadap bidang pelajaran dengan menghantar anak-anak belajar di sekolah kebangsaan di penempatan Orang Asli Sungai Kiol dan menyambung ke peringkat menengah di bandar ini.
Penempatan Orang Asli Batek di Dedari dan Kuala Yong kira-kira 15 minit menaiki bot dari Resort Taman Negara yang dihuni oleh lima hingga tujuh keluarga seringkali menjadi persinggahan pelancong.
Pelawat boleh melihat keunikan hidup Orang Asli Batek yang mahir menggunakan sumpit, menghidupkan api dengan kayu meranti dan selok-belok hidup di hutan.
Pengetahuan mendalam mengenai perkara itu adalah kelebihan Orang Asli Batek untuk menjadi pemandu pelancong berdaftar dan bot penambang di Taman Negara Kuala Tahan.
Sesuatu yang unik mengenai makanan tradisional masyarakat Orang Asli ialah mereka memasak makanan seperti nasi, ikan dan ayam, ubi kayu, ubi gadung serta ubi jaga di dalam buluh.
Di Sungai Rengat berdekatan pekan Damak pula, suku Jahut yang sudah sebati dengan tempias pembangunan masih tidak melupakan bahan kesenian yang diwariskan oleh nenek moyang mereka iaitu mengukir patung kayu.
SEORANG pelawat cuba menggunakan buluh sumpitan di penempatan Orang Asli Batek di Dedari, Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut.
Tetapi kesenian itu mungkin tidak kekal lama kerana cuma tinggal seorang sahaja pengukir suku Jahut, iaitu Hassan Majid yang kini berstatus warga emas dan kerap uzur.
Asalnya kesenian ukiran patung sinonim dengan tujuan perubatan dan bomoh tetapi kini beralih menjadi bahan cenderamata dan perhiasan rumah.
Seorang penduduk, Menderu Serama, 45, berkata, pembangunan sektor pelancongan di Kuala Tahan dengan kehadiran pelawat dari seluruh dunia dapat memberi sumber rezeki kepada mereka.
"Saya berpeluang menjadi pemandu bot penambang dan bertindak sebagai penunjuk arah perjalanan menerokai hutan di sini. Dapatlah sedikit wang upah untuk belanja dapur," katanya.
Menurut Menderu, kadangkala mereka ke hutan mencari gaharu, rotan dan apa sahaja asalkan boleh dikomersialkan.
Berlainan pula Hassan, dia memikirkan masa depan seni ukiran patung Jahut setelah ketiadaannya nanti kerana tiada generasi baru yang meminati bidang itu.
"Anak-anak muda sekarang lebih suka bergayut dengan telefon canggih dan mahal serta menunggang motosikal ke hulu-hilir sehingga melupai kesenian kaum sendiri," tambahnya.

basmi kemiskinan

ARKIB : 12/06/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 0
Kerajaan negeri fokus basmi kemiskinan Orang Asli

JERANTUT 11 Jun - Kerajaan negeri tetap memberi fokus utama dalam mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan Orang Asli di pedalaman negeri ini supaya seimbang dengan kaum lain dari segi pendapatan.

Pengerusi Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri bergerak di landasan yang betul dan tidak perlu dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana aspirasi membasmi kemiskinan Orang Asli dengan memberi tumpuan peningkatan pendapatan dan peluang pendidikan kepada mereka.

Menurutnya, berdasarkan rekod sebanyak 65.6 peratus kadar kemiskinan Orang Asli pada 2006 berjaya dikurangkan sehingga 49 peratus pada 2010.

"Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyasarkan sehingga 25 peratus kadar kemiskinan dikurangkan pada 2015 seterusnya memenuhi matlamat sifar menjelang 2020," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri sedaya upaya akan mengubah kehidupan kaum minoriti berkenaan menerusi pembahagian ekonomi yang saksama serta peluang dalam bidang pendidikan serta keusahawanan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, transformasi berkenaan berasaskan usaha motivasi bersungguh-sungguh oleh Jakoa dan agensi kerajaan untuk mengubah nasib kaum minoriti berkenaan.

"Boleh dikatakan kerajaan negeri sudah berjaya mengubah mentaliti dan anjakan paradigma suku berkenaan yang cuma tinggal lagi saki baki yang masih terikut dengan cara hidup tradisi lama," katanya.

Sehubungan itu katanya, pemimpin setempat dan agensi kerajaan diminta lebih kerap turun padang dengan memberi bantuan makanan, rawatan kesihatan dan kebajikan lain untuk memastikan mereka hidup selesa.

Jelasnya, Orang Asli di negeri ini masih dominan sebagai aset pelancongan kerana tarikan kebudayaan dan kesenian yang begitu unik dan jarang terdapat di negara lain.

"Kita menggalakkan mereka menonjol amalan budaya dan kesenian tradisi mereka untuk tatapan pelawat luar, sekali gus merancakkan sektor pelancongan di daerah ini dan Pahang amnya," kata beliau.

agro bazar

ARKIB : 12/06/2012

Agro Bazar di Pasar Tani Jerantut

Wan Abdul Aziz Wan Mansor (tengah) bersama Hairrulnizam Othman (kiri) menunjukkan produk FAMA yang terdapat di Agro Bazar Kedai Rakyat di Pasar Tani Jerantut, semalam.
JERANTUT 11 Jun - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membuka sebuah lagi Agro Bazar Kedai Rakyat di daerah ini dan merupakan yang pertama beroperasi dalam kawasan pasar tani.
Pegawai FAMA Jerantut, Hairrulnizam Othman berkata, seorang peserta, Wan Abdul Aziz Wan Mansor dipilih untuk mengubah suai kedainya yang terletak di dalam kawasan pasar tani yang menelan belanja kira-kira RM30,000.
"Sebuah kedai runcit beroperasi di dalam kawasan pasar tani ini dan kami menawarkan kepada pemiliknya mengubah suai premis tersebut menjadi Agro Bazar Kedai Rakyat dan dia bersetuju," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Hairrulnizam berkata, pengubahsuaian itu menggunakan konsep ditetapkan oleh FAMA dan barangan yang dijual juga adalah hasil keluaran agensi itu, selain produk usahawan kecil dan sederhana (IKS) tempatan serta barangan lain seperti yang terdapat di kedai runcit biasa.
"Kedai rakyat ini tidak menjual barangan basah dan sayur-sayuran seperti kedai rakyat lain kerana ia terletak di dalam kawasan pasar tani. Orang ramai boleh mendapatkan barangan tersebut secara terus di pasar tani berkenaan.
"Kita memberi khidmat nasihat secukupnya kepada pemilik kedai tersebut dan berharap agar pendapatan pemiliknya semakin meningkat selepas kedai lamanya diberi penjenamaan semula oleh FAMA," ujarnya.
Selain itu, beliau mengalu-alukan pemilik premis perniagaan di daerah ini untuk menjadi peserta Agro Bazar Kedai Rakyat dan mereka yang berminat boleh menghubungi pejabat FAMA Jerantut di talian 09-2672925.
Dalam pada itu, Wan Abdul Aziz berkata, dia dan isterinya, Salmah Abdul Wahab bersetuju mengubahsuai kedai mereka menjadi Agro Bazar Kedai Rakyat sebaik dipelawa oleh FAMA.
"Kedai saya kini lebih ceria dengan susun atur barangan dan berjaya menarik lebih ramai pelanggan berbanding sebelum ini.
Bagaimanapun, barangan dijual tidak banyak memandangkan baru beroperasi dan kami akan menambahkannya dari semasa ke semasa ," jelas Wan Abdul Aziz.
Dia memberitahu, FAMA membantunya untuk mengembangkan perniagaan dan melakukan perubahan sepenuhnya terhadap kedai tersebut.

Sunday, June 10, 2012

polis zaman darurat

15 bekas polis zaman darurat terima sagu hati kerajaan

Mohd. Sahfri Abdul Aziz (berdiri tiga dari kanan) bersama 15 bekas anggota polis pada Majlis Penyampaian Sagu Hati Khas di Padang Awam Bukit Bendera, Temerloh, baru-baru ini.
TEMERLOH 10 Jun - Seramai 15 bekas anggota polis pada zaman darurat dan balu mereka yang menetap di daerah ini menerima sumbangan sagu hati khas kerajaan bernilai RM3,000 setiap seorang baru-baru ini.
Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Mohd. Sahfri Abdul Aziz pada majlis khas yang dianjurkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di sini.
Menurut Mohd. Safri, kerajaan prihatin dengan nasib mereka yang sanggup berkorban dan mempertahankan tanah air dalam menentang komunis.
''Sumbangan itu bertujuan menghargai sumbangan wira negara yang berkhidmat sebagai anggota polis semasa zaman darurat,'' katanya yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob selepas menyampaikan sumbangan berkenaan pada satu majlis khas di Padang Awam Bukit Bendera di sini baru-baru ini.
Hadir sama Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Nor Mansor dan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Integrasi dan Nasional Pahang, Fairojibanu Zainal Abidin.
Mohd. Sahfri berkata, kerajaan akan berusaha mengesan bekas anggota yang belum menerima sumbangan itu dan mereka berpeluang mendapat sumbangan khas tersebut.
Dalam pada itu, seorang penerima, Talib Said, 80, dari Kampung Batu Kapor, Mentakab tidak menyangka mendapat pemberian ihsan kerajaan kerana pengorbanan mereka selama ini dihargai.
"Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin dengan nasib golongan seperti kami kerana beliau menghargai sumbangan pejuang dalam mempertahankan tanah air pada waktu itu,'' katanya.
Seorang lagi penerima, Omar Ahmad, 78, dari Kampung Lebak Seberang di sini terharu dan berterima kasih kepada kerajaan di atas sumbangan tersebut.
Bagi Ketua Cawangan Mentakab Persatuan Bekas Polis Pahang, Lim Hock Ching, 82, kerajaan melakukan tindakan terbaik bagi menghargai pengorbanan polis yang bertugas pada zaman darurat.
Menurutnya, sejak menceburkan diri dalam pasukan polis dari 1953 hingga 1959, pelbagai dugaan dan cabaran ditempuhi demi memastikan keamanan negara.
Seorang penerima, Wahid Tan, 86, dari Taman Mutiara, Mentakab mengakui sangat teruja menerima sumbangan itu kerana dia tidak pernah terfikir memperolehnya setelah bersara dari pasukan polis lebih 40 tahun lalu.

Friday, June 8, 2012

gadis hilang

Ibu rayu Farah pulang segera
Wartawan Sinar Harian
8 Jun 2012
Ibu rayu Farah pulang segera
FARAH NUR WAHEDA SYAFIQA
KERAYONG – “Minta tolong sangat-sangat, sesiapa yang ada terjumpa anak saya, hubungi saya segera atau pihak polis berdekatan. Saya bimbang dengan keselamatan dia.”

Demikian rintihan seorang ibu yang mahu anak gadisnya, Farah Nur Waheda Syafiqa Abd Latif, 23, kembali ke pangkuan keluarga. Farah Nur Waheda Syafiqa didakwa menghilangkan diri sejak Sabtu lalu berikutan berlaku perselisihan faham antara dia dan ibunya.

Menurut Nor Diani Safie, 48, anaknya itu seorang peramah tetapi tidak mempunyai ramai kawan di sini.

“Selepas tamat persekolahan, dia pernah bekerja sebagai pembantu di kantin Kem Batu 10, Kuantan dan selepas berhenti, terus menetap bersama saya di sini.

“Sekarang dia tidak bekerja tetapi membantu saya mengasuh kanak-kanak yang dihantar ke rumah saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Difahamkan, kali terakhir Nor Diani menegur anaknya itu pada Sabtu lalu, kira-kira jam 7 malam apabila melihat anaknya yang hanya memakai seluar sukan berwarna hitam dan blaus berbunga merah jambu berada di laman rumahnya.

Katanya, dia bertanyakan anaknya hendak ke mana pada waktu itu, tetapi diberitahu mahu keluar di hadapan rumah sahaja.

“Saya tidak sangka, itulah perbualan terakhir saya dengan anak sebelum dia hilang. Saya telah menghubungi semua saudara-mara dan kawan-kawannya di sini, tetapi tiada seorang pun yang mengetahui.

“Malah, saya juga cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi gagal, begitu juga telah menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS), namun tiada jawapan,” katanya.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, Nor Diani membuat laporan polis.

Nor Diani berkata, dia ada menerima panggilan telefon daripada anaknya kira-kira jam 1 petang semalam, memberitahu dia dalam keadaan selamat dan kini tinggal di asrama tempat dia bekerja sekarang.

“Dalam perbualan singkat itu, dia langsung tidak memberitahu lokasinya sekarang walaupun saya mendesak.

Bagaimanapun saya bersyukur dia selamat, tetapi kalau boleh saya mahu dia kembali ke pangkuan keluarga,” katanya.

Mereka yang pernah terserempak dengan Farah Nur Waheda Syafiqa boleh menghubungi talian 013-9136450 atau ke balai polis berdekatan.

Tuesday, June 5, 2012

maut

Dakap ayah kali terakhir

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
fauzie@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DETIK PILU...anggota perubatan  memberikan rawatan  kecemasan kepada Muhammad Rizwan sebelum dia meninggal dunia sejam kemudian.
DETIK PILU...anggota perubatan memberikan rawatan kecemasan kepada Muhammad Rizwan sebelum dia meninggal dunia sejam kemudian.
KUANTAN: Seorang bapa tidak menyangka pelukan erat anak sulungnya sebelum mereka bersiar-siar di bandar ini menjadi dakapan terakhir apabila kanak-kanak itu terbunuh dalam kemalangan di Jalan Teluk Sisek berdekatan Dewan Jubli Perak, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Rizwan Idris, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Galing, di sini, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, sejam selepas kemalangan akibat cedera parah di badan.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama bapanya, Idris Badar, 41, serta seorang adik lelakinya berusia dua tahun dalam perjalanan ke Teluk Chempedak untuk makan angin sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kancil dipandu Idris bergesel dengan sebuah kenderaan dari arah bertentangan menyebabkan ia hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dua pokok palma di kiri jalan.


Anak bongsu Idris kini dirawat di HTAA akibat cedera di kepala manakala Idris hanya cedera ringan.






Friday, June 1, 2012

jkm terbakar

Pejabat kebajikan terbakar
Wartawan Sinar Harian
1 Jun 2012
Pejabat kebajikan terbakar
Jentera bomba di hadapan bangunan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Raub.
BANDAR RAUB – Tingkat atas Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Raub terbakar ketika semua kakitangannya keluar rehat tengah hari, kelmarin.

Penolong Kanan Penguasa  Bomba Raub, Mohd Kamil Abd Jabbar berkata, dua jentera bomba dan satu kenderaan utiliti dengan kekuatan tujuh anggota ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan bahagian belakang bangunan di tingkat atas musnah.

“Kita terima panggilan pada jam 2 petang dan api berjaya dikawal pada jam 2.30 petang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Mohd Kamil berkata, siasatan mendapati tidak ada seorang pun kakitangan di pejabat berkenaan ketika  kebakaran berlaku.

Katanya, laporan siasatan juga sedang disiapkan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan anggaran kerugian.  “Tidak ada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. “Setakat ini kita menjangkakan ia berpunca daripada elektrik tetapi punca sebenar masih dalam siasatan,”  katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memastikan tidak berlaku penggunaan barangan elektrik berlebihan pada satu soket.

helmet percuma

JKJR agih topi keledar percuma
Wartawan Sinar Harian
1 Jun 2012
BANDAR TEMERLOH - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pahang mengagihkan hampir 1,000 topi keledar kepada penunggang dan pembonceng motosikal tahun ini.

Pengarahnya, Mohd Zairasyahli Shah Zakaria berkata, jumlah itu akan ditingkatkan lagi pada baki tahun ini dengan anggaran dapat mencapaiatau melebihi edaran tahun  lalu iaitu melebihi 4,000 topi keledar.Menurutnya, ia adalah sasaran jabatan dalam usaha mempelbagaikan kempen keselamatan jalan raya kepada orang ramai di negeri ini.

“Selain topi keledar, JKJR turut mengedarkan risalah keselamatan jalan raya dan baju pantulan cahaya kepada  penunggang dan pembonceng motosikal,” katanya. Beliau berkata demikian kepada media semasa program kempen keselamatan jalan raya di Kilometer 4, Jalan Temerloh-Mentakab, dekat Taman Chengal, di sini, semalam.

Program  anjuran bersama Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dan turut mendapat kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan  (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM). Turut hadir, Pengurus Kawasan Pantai Timur Allianz Insurance, Tay Tam Huat. Dalam program semalam, JKJR mengedar 1,500 risalah dan 50 topi keledar serta 50 baju pantulan cahaya.

Allianz turut mengedarkan 50 topi keledar, 15 kerusi keselamatan kanak-kanak dan risalah serta  elekat keselamatan jalan raya.

Tam Huat berkata, program itu adalah sebahagian tanggungjawab sosial (CSR) syarikat kepada masyarakat.  Menurutnya, program itu  bermula Julai tahun lalu di seluruh negara dengan pengedaran 550 unit topi  keledar.

“Program pada hari ini adalah yang ke-11 untuk tahun ini dan akan diteruskan di kawasan lain selepas ini,” katanya.

tebang pokok tepi jalan


ARKIB : 01/06/2012

Pokok getah tua di Jalan Cheneras perlu ditebang

POKOK getah tua di tepi Jalan Cheneras berdekatan persimpangan masuk ke Taman Permai semakin condong dan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya ke bandar Kuala Lipis.
SELAKU pengguna jalan raya yang kerap melalui Jalan Cheneras ke bandar Kuala Lipis, saya terpanggil untuk melahirkan kebimbangan berikutan terdapat beberapa batang pokok getah tua yang semakin condong menghadap ke arah laluan berkenaan.
Sesuai dengan usianya, pohon berkenaan dipercayai sudah mempunyai akar tunjang yang reput kelihatan semakin condong ke arah jalan raya dan malang tidak berbau boleh mengundang kecelakaan kepada penduduk di laluan berkenaan.
Untuk makluman, pokok getah tua itu di tepi Jalan Cheneras berdekatan persimpangan masuk ke Taman Permai, bandar Kuala Lipis sudah semakin condong dan kami berasa bimbang khususnya ketika angin kencang melanda.
Laluan yang dipenuhi pokok tua berkenaan juga membahayakan orang ramai berurusan pada waktu puncak termasuk kepada kanak-kanak pergi balik dari sekolah di bandar Kuala Lipis dan Tempoyang.
Menerusi Rakan Pahang minggu ini, saya mencadangkan agar pokok berkenaan wajar ditebang oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
Apabila malang menimpa membabitkan nyawa orang yang tidak berdosa, dalam kalangan kita khususnya pihak berwajib memberi pelbagai alasan, termasuk menyerahkan takdir Allah semata-mata, tetapi kewajarannya risiko keselamatan perlu diberi keutamaan sebelum peristiwa buruk menimpa.
Saya selaku bapa kepada anak-anak yang masih kecil dan prihatin kepada insan lain berasa bimbang sekiranya hujan lebat dan disusuli angin kencang melanda kawasan itu dikhuatiri pokok getah itu boleh tumbang sekali gus menghempap kenderaan dan motosikal yang sedang melalui laluan berkenaan.
Risiko keselamatan juga perlu diberi perhatian iaitu pokok berkenaan juga akan menimpa kabel elektrik berdekatan laluan tersebut sekali gus menjejaskan keselesaan penduduk di kawasan perumahan berkenaan.
Saya gamat berharap pihak berwajib dapat menebang dan membersihkan pokok getah itu dengan segera untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Lagipun, tidaklah salah jika projek pembersihan kayu-kayan yang tua memandangkan keperluan keselamatan awam selain mewujudkan persekitaran bandar Kuala Lipis dan kawasan perumahan yang selamat dan kondusif.
AHMAD TUA
Taman Permai, Kuala Lipis