Thursday, May 3, 2012

kuantan parade terbakar

ARKIB : 03/05/2012

Pentas utama Kuantan Parade terbakar

KEADAAN tiang di belakang pentas di ruang legar kompleks beli-belah Kuantan Parade, Kuantan, yang terbakar kelmarin.
KUANTAN 2 Mei - Pengunjung di kompleks beli-belah Kuantan Parade di sini gempar apabila pentas utama di ruang legar bangunan itu terbakar petang semalam.
Kejadian itu disedari orang ramai apabila melihat kepulan asap keluar dari belakang pentas menyebabkan para pengunjung segera menyelamatkan diri.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan, Pegawai Bomba Kanan 2 Saidi Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 6.12 petang dan tiba di tempat kejadian bersama dua buah jentera.
Tambahnya, api berjaya dikawal pada pukul 6.25 petang dan dipadamkan sepenuhnya 21 minit kemudian.
"Pentas di ruang legar terbakar dan api menjulang sehingga tingkat satu. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pihak kami masih mengenal pasti punca kebakaran," katanya di sini.
Dalam pada itu, seorang pengunjung, Amirah Khairina Mohamad Amran, 19, berkata, orang ramai bergegas keluar sebaik sahaja melihat melihat pentas itu terbakar.
"Ada orang yang cuba padam api, tapi tidak berjaya kerana ia jadi makin besar. Pada masa sama, orang ramai bergegas keluar untuk selamatkan diri," katanya.

No comments:

Post a Comment