Sunday, April 1, 2012

bandar bera

Bandar bera terus jadi tumpuan sektor swasta

BERA 1 April - Bandar Bera dijangka terus menjadi tumpuan sektor swasta melabur modal berikutan kejayaan restoran makanan segera terkenal, Marrybrown Fried Chicken beroperasi di daerah termuda di negeri ini.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, minat pihak swasta berasaskan makanan segera beroperasi di bandar Bera membuktikan keyakinan mereka terhadap iklim ekonomi yang rancak di daerah itu.

Katanya, kedudukan bandar Bera sangat strategik kerana terletak di laluan utama Temerloh-Bahau dan dikelilingi rancangan Felda yang menjadikan bandar ini tempat mereka membeli-belah.

''Kewujudan Tasik Bera yang merupakan tasik semula jadi terbesar di Malaysia menjadi nilai tambah kepada pihak swasta menambah pelaburan di bandar Bera.

''Kesediaan Marrybrown Fried Chicken beroperasi di sini membuktikan keyakinan mereka terhadap kuasa beli penduduk dan kebanjiran pengunjung luar ke bandar Bera," katanya selepas merasmikan restoran makanan segera Marrybrown Fried Chicken cawangan Bera di sini baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment