Thursday, April 12, 2012

buah taban

ARKIB : 10/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 0
Buah taban jadi punca rezeki Saria

KUALA LIPIS 9 April - Nama buah taban mungkin tidak pernah didengar oleh sebahagian daripada kita kerana ia banyak ditemui di hutan Taman Negara Kuala Tahan di Jerantut dan Hulu Jelai di sini.

Seorang peniaga buah tersebut, Saria Salamuddin, 54, berkata, penduduk terpaksa meredah hutan Hulu Jelai dan Kuala Kenong untuk mendapatkan buah berkenaan.

Tambahnya, dia dan rakannya perlu memanjat pokok tersebut untuk mengambil buah yang terletak di batang pokok tersebut.

"Kami tidak boleh memanjat batang pokok taban kerana buahnya lebat di bahagian itu dan dibimbangi merosakkan buah yang masak.

"Untuk mengambil buah itu, kami perlu membawa bekas atau baldi dan diunjurkan ke bawah pokok dengan menggunakan tali," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Katanya, usaha mendapatkan buah tersebut bukan sesuatu perkara mudah kerana terpaksa memanjat pokok berkenaan setinggi antara 20 hingga 30 meter yang mana buah tersebut kemudian dijual pada harga RM4 sekilogram.

Tambahnya, oleh kerana sukar memperoleh buah berkenaan, dia terpaksa memborong buah tersebut dan hasil hutan lain daripada penduduk Orang Asli Hulu Jelai yang datang menjual di bandar ini..

No comments:

Post a Comment