Thursday, April 12, 2012

dapat 3 ribu sebulan

ARKIB : 10/04/2012
Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 0
Kesabaran peneroka membuahkan hasil

KUANTAN 9 April - Perubahan demi perubahan yang berlaku di Felda Bukit Goh membawa satu kenikmatan kepada masyarakat peneroka di situ untuk terus menabur bakti di tanah rancangan itu.

Seiring dengan perkembangan pesat ekonomi negara, masyarakat peneroka turut menikmati pendapatan lebih baik apabila harga komoditi kelapa sawit terus meningkat dan memberi pulangan kepada mereka.

Seorang peneroka tanah rancangan itu, Abdul Manan Mat Rashid, 65, berkata, pendapatan hasil kelapa sawitnya kini telah bertambah sehingga RM3,000 sebulan.

"Semasa mula memasuki tanah rancangan ini, untuk mendapatkan gaji RM100 sebulan pun susah, namun saya bertahan kerana walaupun susah tapi masih ada aset (rumah) sebagai bekalan kepada lapan orang anak saya nanti.

"Daripada segi pembangunan di Felda Bukit Goh pula saya melihat ia semakin bertambah maju dan membangun sesuai untuk 10,000 penghuni di sini.

"Pendek kata semua ada, pusat pentadbiran dan ruang perniagaan disediakan untuk kami di sini. Kami gembira dengan semua kemudahan tersebut," katanya yang kini memelihara lebih 100 ekor lembu untuk menambah pendapatan keluarganya.

Bagi rakannya, Karim Rejab, 68, perubahan drastik yang ditunjukkan di tanah rancangan itu menyebabkan dia yakin untuk terus tinggal di situ meskipun hanya bergelar sebagai peneroka.

"Dulu orang selalu pandang rendah kepada peneroka kerana pendapatan kami kecil, rumah pun dulu rumah kayu tetapi semua itu berubah. Kami merasakan kami duduk sama rendah dan sama tinggi dengan orang lain, malah rumah kami pada hari ini diperbuat daripada batu.

"Saya rasa berbaloi tinggal di sini walaupun merantau dari Kedah 41 tahun lalu. Namun saya sendiri tidak menyangka bahawa kehidupan sekeluarga berubah di sini," katanya.

Seorang lagi peneroka Osman Mamat, 64, menyifatkan perantau sepertinya yang berasal dari Kelantan dan tinggal di tanah rancangan itu adalah sesuatu menggembirakan.

"Kemudahan seperti sekolah juga banyak memberi jasa kepada saya apabila anak saya ada yang berjaya dan kini sedang belajar serta tinggal di luar negara.

"Semuanya bermula di sini dan kejayaan anak saya juga bermula dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Goh," katanya.

No comments:

Post a Comment