Thursday, April 12, 2012

litar kota gelangi

ARKIB : 10/04/2012

Litar Motocross Felda Kota Gelanggi 1 perlu dibaiki


MOHD. Isa Abdul Samad (kanan) bersama Saari Din (dua dari kanan) dan Shahrul Rosnizam Ahmad Basjuni (dua dari kiri) beramah mesra dengan ahli PMFKG1 ketika meninjau litar motorcross di Felda Kota Gelanggi 1, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 9 April - Persatuan Motorcross Felda Kota Gelanggi 1 (PMFKG1) di sini memerlukan peruntukan RM15,000 bagi menampung kos membaik pulih litar motorcross dan penganjuran cabaran sukan lasak di tanah rancangan itu yang dijadualkan berlangsung Jun depan.
Setiausaha persatuan tersebut, Shahrul Rosnizam Ahmad Basjuni berkata, pihaknya mengeluarkan perbelanjaan RM20,000 untuk menyelenggara litar berkenaan sejak ia mula beroperasi pada 1998.
"Sudah dua tahun litar sepanjang 1.5 kilometer ini tidak berfungsi kerana kami tidak mempunyai dana bagi tujuan penyelenggaraan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika meninjau keadaan litar bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang mengadakan majlis bersama peneroka Felda Wilayah Jengka di tanah rancangan itu, baru-baru ini.
Hadir sama, isteri Mohd. Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail dan Pengerusi Felda Wilayah Jengka, Saari Din.
Shahrul berkata, PMFKG1 merupakan salah satu persatuan motorcross yang aktif di negeri ini dengan keahlian melebihi 50 orang.
"Kami sangat bertuah kerana masalah ini diajukan terus kepada Pengerusi Felda dan beliau melihat sendiri keadaan litar di sini," ujarnya.
Dia berharap Felda dapat menghulurkan sumbangan bagi menampung kos tersebut, sekali gus membantu membangunkan sukan lasak di tanah rancangan itu.

No comments:

Post a Comment