Sunday, March 16, 2014

setinggan matau di bandar tun razak

Elak pembukaan penempatan setinggan di Jengka


Saudara Pengarang,
BANGUNAN kedai di Jengka Street sudah dibina lebih empat tahun lepas dikhabarkan khas untuk penghuni setinggan Matau sebagai pelan untuk mereka berpindah di kawasan baharu yang lebih selamat dan bersih.
Saya sering berulang alik melalui jalan ini setiap hari tertanya-tanya status premis kedai yang siap dibina itu tidak pernah dibuka sedangkan permintaan pengguna khususnya terhadap kedai makan semakin bertambah.
Perhatian dan layanan kerajaan terhadap setinggan Matau agak lebih daripada biasa kerana mereka turut ditawarkan rumah di Jengka Impian 1 tetapi tidak semua mahu berpindah dan masih kekal menetap di Matau.
Mereka berkeras tidak mahu berpindah kecuali kerajaan membayar wang sagu hati RM20,000 sekeluarga tetapi masih ada yang menuntut bayaran lebih RM20,000 tanpa malu dan mengambil kira status mereka selaku penghuni kawasan ‘tanah yang tidak disahkan kerajaan’.
Premis kedai di Jengka Street terbiar kerana penghuni Matau yang terpilih berniaga di situ enggan memulakan perniagaan walaupun Majlis Daerah Maran (MDM) memberi insentif tanpa bayaran sewa selama tiga tahun.
Bagi mengelakkan pembaziran pihak MDM diminta segera menawarkan kepada peniaga lain yang lebih berwibawa dan berminat berniaga di kawasan Jengka Street yang semakin menjadi tumpuan setiap pagi Sabtu.
Bangunan rumah kedai lebih 20 buah turut disediakan surau dan tandas yang selesa sangat sesuai sebagai medan selera yang baharu di Bandar Tun Abdul Razak Jengka untuk tumpuan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang dan masyarakat Felda.
Kerajaan telah mengambil masa terlalu lama melayani kerenah penduduk Matau menyebabkan projek pembangunan di tapak Matau gagal dilaksanakan. Kebaikan kerajaan pula hanya dipermainkan berdasarkan rekod pilihan raya kawasan ini merupakan penyokong kuat pembangkang.
Pihak berkuasa juga diharap turun padang memantau ada bekas penghuni Matau membina rumah di kawasan lain berhampiran pasar borong Jengka jika tidak dibanteras awal akan wujud Matau kedua di Bandar Tun Abdul Razak Jengka.
ANAK MAT ULAT BULU
Jengka

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20140314/wp_02/Elak-pembukaan-penempatan-setinggan-di-Jengka#ixzz2wB16RPQk
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment