Pelajari cara hidup peneroka
7 Mei 2012
Pengerusi Program, Syazwan Zainudin, 20, berkata, lawatan ke tanah rancangan tersebut adalah kali pertama diadakan di lokasi itu.
“Kami selaku jawatankuasa Majlis Perwakilan Mahallah Al-Tabari sememangnya merancang untuk mengadakan lawatan ke mana-mana tanah rancangan.
“Kebetulan, ada dalam kalangan kami yang tinggal di Jengka, justeru mencadangkan agar kami melakukan lawatan ke Felda Jengka 9,” katanya.
Menurutnya, pelbagai aktiviti dijalankan seperti gotong-royong, membuka kaunter pemeriksaan oleh pelajar perubatan dan mempelajari cara mencantas kelapa sawit.
“Ia merupakan satu pengalaman berharga dan selama ini kami hanya mendengar cakap-cakap orang berkaitan kehidupan masyarakat di Felda.
Apabila sudah menjejakkan kaki ke sini, barulah kami dapat merasai suasana kehidupan di tanah rancangan,” katanya.
Dia berkata, penuntut yang hadir amat berbesar hati dan terharu dengan sambutan dan kemesraan yang ditunjukkan penduduk di sini.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan (JKKR) Felda Jengka 9, Mat Daud Jusoh berkata, beliau mewakili penduduk kampung berterima kasih kepada penuntut yang sudi datang ke Felda Jengka 9.
“Kami amat menghargai dan mengalu-alukan kehadiran mereka ke Felda Jengka 9 ini pada bila-bila masa.
“Kehadiran mereka secara tidak langsung dapat memperkenalkan Felda Jengka 9 kepada masyarakat luar,” katanya.
No comments:
Post a Comment