Pejabat kebajikan terbakar
1 Jun 2012
Penolong Kanan Penguasa Bomba Raub, Mohd Kamil Abd Jabbar berkata, dua jentera bomba dan satu kenderaan utiliti dengan kekuatan tujuh anggota ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan bahagian belakang bangunan di tingkat atas musnah.
“Kita terima panggilan pada jam 2 petang dan api berjaya dikawal pada jam 2.30 petang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian. Mohd Kamil berkata, siasatan mendapati tidak ada seorang pun kakitangan di pejabat berkenaan ketika kebakaran berlaku.
Katanya, laporan siasatan juga sedang disiapkan bagi mengenal pasti punca kebakaran dan anggaran kerugian. “Tidak ada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan. “Setakat ini kita menjangkakan ia berpunca daripada elektrik tetapi punca sebenar masih dalam siasatan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memastikan tidak berlaku penggunaan barangan elektrik berlebihan pada satu soket.
No comments:
Post a Comment