Program Empower mampu tingkatkan pendapatan
RAUB - Program Empower anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi
Pantai Timur (ECERDC) perlu diperluaskan supaya lebih ramai golongan
sasaran memiliki kemahiran tertentu dan dapat meningkatkan pendapatan
mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawan dan Kepenggunaan Pahang Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata sejak program itu diadakan di Pahang pada 2008, seramai 7,350 orang golongan belia dan ibu tunggal telah mengikuti program berkenaan.
"Modul latihan menerusi program Empower merupakan mekanisme serampang dua mata untuk pembangunan modal insan ECERDC yang memfokuskan latihan membina keusahawanan, selain kecemerlangan akademik," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata latihan selama 10 bulan itu antaranya melibatkan kursus membuat kuih, menjahit, dandanan, masakan, pendawaian, membaiki paip, teknologi maklumat, perniagaan runcit, pengurusan kaunter dan membaiki telefon bimbit.
"Sejumlah 80 peratus daripada 7,350 orang itu yang mengikuti kursus serta latihan berjaya meningkatkan taraf penghidupan keluarga dengan pendapatan yang lumayan," katanya.
Shahiruddin turut mencadangkan supaya kursus membaiki jentera berat dan kursus kimpalan dapat diadakan bagi membolehkan para belia dan lepasan sekolah mengikuti latihan yang mencabar itu.
"Tidak ramai belia dan pelajar kita yang mengikuti kursus tersebut sedangkan bidang itu boleh memberikan pendapatan lumayan," katanya.
Beliau berkata berdasarkan pasaran, mereka yang mahir dalam bidang itu dibayar gaji lebih RM5,000 sebulan, atau mampu mengusahakan bengkel sendiri yang dapat menjana pendapatan lebih tinggi.
Shahiruddin yakin menerusi program sedemikian, matlamat kerajaan bagi melahirkan rakyat berkemahiran dan berilmu akan mencapai sasaran selain meningkatkan taraf kehidupan mereka. - Bernama

No comments:
Post a Comment