ARKIB : 25/10/2012
PEKAN 24 Okt. - Jika setiap kali Aidilfitri Dewan Undangan Negeri
(DUN) Chini menjadi tumpuan kerana Pesta Bakar Lemang, kali ini sempena
Aidiladha diadakan pula Pesta Kacau Dodol yang turut mencipta sejarah
tersendiri apabila 63 kawah dodol berjaya dimasak serentak.
Program yang bertujuan mengeratkan hubungan sesama penduduk sempena Aidiladha yang bakal disambut Jumaat ini itu disertai kira-kira 1,000 orang melibatkan 63 pasukan termasuk wakil pertubuhan bukan kerjaan (NGO) di Felda Chini.
Antaranya kumpulan peneroka Chini 1 hingga 8, peneroka Chini Timur, penduduk kampung tradisi, Gabungan Generasi Baru Felda DUN Chini (GGBFDC), Kelab Rakan Facebook 'Saya Sayang Chini' serta kakitangan kerajaan.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun, Pesta Kacau Dodol bertemakan 'Selemak Dodol, Semanis Bahasa' itu berjaya mencapai matlamat penganjuran bagi mengeratkan silaturahim apabila lebih 5,000 penduduk di sekitar Chini hadir.
Beliau berkata, selain itu, ia memberi peluang kepada orang ramai khususnya generasi muda untuk melihat sendiri cara pembuatan dodol yang menuntut kepada semangat gotong-royong dan kerjasama, sesuatu yang semakin terhakis masa ini.
''Mereka yang datang akan lihat bagaimana sukarnya mengacau sekawah dodol tanpa berganding bahu antara penduduk yang menuntut ibarat kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh. Semoga ia menjadi amalan penduduk DUN Chini agar terus bersatu padu dalam apa jua keadaan.
''Walaupun peserta harus menyediakan khemah dan peralatan seperti kuali, dapur gas dan lain-lain namun ia tidak menghalang semangat mereka untuk bersaing secara sihat dan terus bekerjasama untuk menghasilkan dodol dan pulut manis terbaik," katanya kepada Utusan Malaysia.
Selain aktiviti mengacau dodol, turut berlangsung acara nyanyian lagu-lagu tradisional, bacaan sajak dan puisi serta cabutan bertuah sempena pesta berkenaan yang turut mendapat kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121025/wp_03/Pesta-Kacau-Dodol-Chini-meriah#ixzz2AMTzyhhr
© Utusan Melayu (M) Bhd
Pesta Kacau Dodol Chini meriah

No comments:
Post a Comment