Galeri bernilai RM150,000
Tarikh : December 10, 2011
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, galeri itu antara usaha kerajaan mengetengahkan artifak sejarah Pahlawan Melayu Pahang Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman untuk tarikan pelancong domestik dan luar.
Menurutnya, projek itu juga sekali gus berperanan sebagai pusat dokumentasi, rujukan sejarah serta pameran yang kedua khususnya mengenai tokoh Pahlawan Melayu negeri ini selepas Muzium Negeri di Pekan.
“Bukit Rang amat sesuai dan strategik kerana kawasan ini telah dibangunkan sebagai pusat pertumbuhan bandar serta dirancang dengan pelbagai program pembangunan dan ekonomi lainnya.
“Projek ini juga membolehkan bidang pelancongan dikembangkan seperti kawasan projek inap desa untuk pelancong luar dan domestik tidak lama lagi,” katanya di sini.
Ahmad Shukri berkata, tapak galeri itu berdekatan dengan Makam Mat Kilau di Kampung Kedondong, masjid lama Pulau Tawar. Menurutnya, galeri tersebut diharap dapat menarik lebih ramai kehadiran pelancong ke Pulau Tawar dan Jerantut, seterusnya memberikan pelbagai impak positif kepada semua.
“Lebih utama, bidang pelancongan berasaskan sejarah dapat dikembangkan, seterusnya meningkatkan lagi imej kawasan di sini dan memperluaskan potensi pelancongan sedia ada,” katanya.
No comments:
Post a Comment